29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    SAYS Perkasa Kesedaran Kesihatan Wanita Menerusi Inisiatif ‘Just Flow With It’

    Shopee Sale

    Platform media digital SAYS baru-baru ini menganjurkan sesi minum petang bertemakan ‘Just Flow With It’, yang menghimpunkan ahli profesional kesihatan, rakan-rakan media serta para jemputan khas bagi membincangkan isu berkaitan haid dan kesihatan wanita secara lebih terbuka.

    Artikel Berkaitan: SAYS Lancar ‘Just Flow With It’, Tingkat Kesedaran Tentang Kesihatan Wanita

    Menormlisasikan perbincangan tentang haid

    Program yang berlangsung di Feast on FIFTY1, Imperial Lexis Kuala Lumpur itu diadakan bagi menggalakkan perbincangan yang lebih sihat mengenai haid, selain meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelbagai aspek kesihatan wanita yang sering dipandang sepi.

    Penganjuran sesi tersebut merupakan sebahagian daripada kempen berterusan ‘Just Flow With It’ yang diperkenalkan oleh SAYS.

    Inisiatif tersebut memberi fokus kepada usaha menormalisasikan perbualan berkaitan kesihatan wanita menerusi kandungan yang mudah difahami, aktiviti komuniti serta pelbagai pengalaman interaktif.

    Antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian ilmu oleh Dr Chan Jin-Mae, Doktor dan Pengurus Negeri bagi Persatuan Kesihatan Reproduktif Keluarga Selangor Darul Ehsan dan Wilayah Persekutuan (SWP FReHA).

    Berdasarkan pengalaman luasnya dalam bidang kesihatan reproduktif dan pendidikan masyarakat, Dr Chan berkongsi pandangan mengenai salah faham yang masih wujud terhadap haid serta kepentingan meningkatkan pengetahuan kesihatan dalam kalangan orang ramai.

    Sejak sekian lama, topik haid sering kali diselubungi dengan bisikan dan misteri.

    Terdapat banyak pantang larang di sekeliling isu haid yang langsung tidak mempunyai asas perubatan.

    Selain itu, Dr. Chan turut berkongsi beberapa contoh amalan yang sering diamalkan, seperti mengelakkan pengambilan daging, hanya makan nasi putih, mengehadkan interaksi sosial, serta menggunakan pinggan dan mangkuk yang berasingan ketika makan.

    Menurutnya, penggunaan istilah tertentu dalam masyarakat juga secara tidak langsung menyumbang kepada stigma berkaitan kesihatan reproduktif wanita.

    Vagina sering dirujuk menggunakan bahasa kiasan atau eufemisme seperti ‘bunga’ atau ‘kemaluan’ (yang secara harfiahnya membawa maksud rasa malu).

    Sangat penting untuk kita menggunakan bahasa yang tepat bagi menormalisasikan istilah anatomi yang betul demi menggalakkan perbualan terbuka berkaitan haid dan seksualiti.

    Haid proses semula jadi manusia

    Dalam pada itu, Dr Chan turut menegaskan bahawa haid merupakan proses semula jadi tubuh manusia yang normal dan tidak sepatutnya dianggap sebagai sesuatu yang memalukan atau perlu disorokkan.

    MENARIK:  Andy Teh Tak Sempat Bercinta, Sibuk Berlakon & Urus Bisnes – ‘Tak Ada Masa Nak Dating, Bukan Tak Nak Okay’

    Dalam masa sama, dia menyentuh isu kemiskinan haid yang masih berlaku di Malaysia dan memberi kesan kepada sebahagian wanita serta remaja perempuan.

    Kemiskinan haid berlaku apabila seseorang gadis atau wanita tidak mempunyai akses untuk melalui fasa haid dengan bermaruah (dignified menstruation), iaitu mempunyai akses kepada produk haid serta ilmu untuk menggunakannya).

    Akibatnya, mereka terpaksa menanggung kesan buruk daripada situasi tersebut.

    Ujarnya lagi , setiap individu berhak menjalani pengalaman haid yang selamat dan bermaruah kerana ia merupakan sebahagian daripada hak asasi manusia.

    Selesai sesi perkongsian, para hadirin berpeluang menyertai sesi soal jawab yang membincangkan pelbagai isu berkaitan kesihatan haid, kesejahteraan reproduktif, pendidikan kesihatan serta langkah-langkah untuk menghapuskan stigma yang masih wujud dalam masyarakat.

    Sebagai tunjang utama kempen tersebut, ‘Just Flow With It’ turut menyediakan sebuah hab kandungan khas yang menghimpunkan pelbagai maklumat berkaitan kesihatan wanita dalam bentuk artikel, video, kandungan interaktif serta kisah-kisah peribadi.

    Selain itu, platform berkenaan juga menawarkan kemudahan penghantaran tanpa nama yang membolehkan orang ramai berkongsi pengalaman berkaitan haid dan kesihatan wanita secara selamat, sekali gus memberi ruang kepada lebih banyak suara dan perspektif dari seluruh negara untuk diketengahkan.

    Selain pengisian dalam talian, kempen itu akan diperluaskan menerusi pelbagai program komuniti termasuk kelas kecergasan dan kesejahteraan yang dibuka secara percuma kepada orang ramai, selain beberapa siri aktiviti lain yang bakal dianjurkan dalam masa terdekat.

    Melalui gabungan perkongsian pakar, penceritaan yang dekat dengan masyarakat dan penglibatan komuniti secara aktif, SAYS berharap usaha tersebut dapat membantu mewujudkan persekitaran yang lebih terbuka.

    Sekali gus, ia menjadikan perbincangan mengenai haid dan kesihatan wanita sebagai perkara biasa dalam kehidupan seharian, bukan lagi satu topik yang dianggap sensitif atau tabu.

    The post SAYS Perkasa Kesedaran Kesihatan Wanita Menerusi Inisiatif ‘Just Flow With It’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah