29.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Cara Didikan Saya Typical Asian Mom, Beza Dengan Cara Awal’ – Scha Alyahya

    Shopee Sale

    Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya berkongsi bahawa terdapat perbezaan dalam gaya keibubapaan antara dirinya dan suami, Awal Ashaari, yang disifatkan lebih santai, manakala dia pula lebih tegas dalam mendidik anak-anak.

    Artikel Berkaitan: ‘Orang Anggap Kehidupan Artis Sentiasa Mudah, Hakikatnya Ada Cabaran Masing-Masing’ – Scha Alyahya

    Artikel Berkaitan: ‘Tidak Ada Rumah Tangga Yang Sentiasa Indah’ – Scha Alyahya Akui Ada Pasang Surut Bersama Awal Ashaari

    Didikan seimbang

    Ketika ditemui , Scha, 43, menjelaskan perbezaan pendekatan antara dia dan suaminya itu sebenarnya membantu mewujudkan keseimbangan dalam mendidik anak-anak.

    Cara Awal lebih chill dan santai, saya pula macam typical ‘Asian mom’, cara didikan orang Asia, semua benda nak dilakukan.

    Bila ada perbezaan begitu, kita lihatlah cara didikan mana yang lebih sesuai.

    Kadang-kadang bagus juga bila kita ada kelainan antara suami isteri dan didikan anak itu jadi lebih seimbang.

    Scha berkata demikiam ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem 5 Bomoh di GSC Cinema, Mid Valley.

    Dalam pada itu, Scha turut mengakui dia kini berasa bimbang memikirkan anak sulungnya, Lara Alana, yang bakal menduduki peperiksaan penting.

    Sebenarnya saya tengah risau sebab Lara akan menduduki peperiksaan besar.

    Saya pun ambil serius perkara ini.

    Saya ada minta Awal tegur Lara untuk serius belajar, supaya tidak nampak saya seorang yang tegas.

    Dalam masa sama, Scha menzahirkan rasa syukur kerana Lara tidak pernah mengeluh dan tetap menjalani rutin hariannya yang agak padat dengan baik.

    Saya bersyukur ada anak seperti Lara, dia tidak pernah mengeluh.

    Dia pun jalani sahaja rutinnya yang agak padat setiap hari.

    Saya kasihan dan risau dia penat, tapi nampak dia okey sahaja setakat ini.

    Sekadar info, Scha dan Awal bergelar sebagai suami isteri pada 4 Mei 2012, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan, Lara Alana yang kini berusia 12 tahun serta Lyla Amina, lima tahun.

    MENARIK:  [VIDEO] Usahawan Mohon Maaf, Tak Ada Niat Nak ‘Terjah’ Khairul Aming Di Rembayung – ‘Silap Kak Nab Terlalu Excited’

    The post ‘Cara Didikan Saya Typical Asian Mom, Beza Dengan Cara Awal’ – Scha Alyahya first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah