Penyanyi Tom, mendedahkan tentang kesukaran yang pernah dilaluinya ketika diuji dengan masalah kewangan.
Artikel Berkaitan: Fuad Rahman ‘Upload’ Momen Mesra Dengan Tom, Bukti Kasih Sayang Masih Utuh – ‘Ini Untuk Anggun’
Artikel Berkaitan: ‘Nak Meluncur Tak Nak Pakai Baju Pun Pergilah’ – Fuad Balas Kenyataan Tom Bakal Bercerai
Tom lalui hidup sukar
Menerusi perkongsian di audio siar Kita-Kita Aje, Tom atau nama lengkapnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, dilihat tidak dapat menahan air mata semasa berkongsi mengenai fasa terendah di dalam hidupnya.
Menurut Tom, ketika hamil dia terpaksa menjamah susu formula milik anak kecilnya kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan.
Adler ketika itu baru berusia dua tahun dan saya sedang mengandungkan Evans.
Saya lapar dan tak ada duit, saya minum susu anak saya.
Saya makan susu itu untuk bayi dalam kandungan dan untuk diri saya juga. Itu adalah tiktik terendah yang saya akan ingat sampai sekarang.
Banyak yang saya lalui, kebanyakannya semua adalah salah diri saya sendiri.
Ketika disoal tentang keluarga, peserta Gegar Vaganza 9 ini berkata, mereka masing-masing mempunyai kehidupan yang perlu diuruskan.
Bagaimanapun, perhubungan Tom dengan kakaknya tetap rapat dan dia banyak berkongsi mengenai masalah yang dihadapinya.
Ibu dan ayah saya sudah ada keluarga mereka sendiri. Arwah abah kahwin lain dan ada keluarga dia, mak pun begitu juga.
Saya ada dua orang adik-beradik sahaja. Saya selalu bercerita dengan kakak, tapi dia pun susah.
Dia hanya boleh dengar sahaja. Kalau nak diikutkan kesusahan saya dengan dia, dia lagi susah. Saya pun banyak tolong dia dan bagi duit walaupun saya sendiri susah.
Sumber: TikTok Kita-Kita Aje Podcast
The post [VIDEO] ‘Saya Lapar & Tak Ada Duit, Terpaksa Minum Susu Anak’ – Tom first appeared on OHBULAN!.



Khamis | 11 Jun 2026
8:00 malam #KitaKitaAjePodcast #Tom #PodcastMalaysia

