Isteri kepada penyanyi dan komposer, Zubir Khan, Dr Heama Maleini mengakui tidak pernah melihat kekurangan fizikal suaminya sebagai satu kelemahan, malah menganggap suaminya lelaki paling sempurna di matanya.
Artikel Berkaitan: Dr. Heama Maleini Peluk Islam Sebab Sayang Zubir Khan, Akui Tak Mudah Yakinkan Keluarga Untuk Hijrah
Terima kekurangan

Menurut Heama, 27, persoalan mengenai bagaimana dia boleh menerima Zubir yang hanya mempunyai sebelah tangan sering diajukan sejak mereka mula menjalinkan hubungan.
Bagaimanapun, kata Haema, keadaan fizikal suaminya tidak pernah menjadi penghalang kerana Zubir sentiasa membuktikan kemampuannya melakukan pelbagai perkara.
Bagi saya, dia adalah lelaki yang terbaik buat saya dan saya tidak melihat sebarang kekurangan padanya.
Saya juga melihat dia boleh melakukan segalanya, malah lebih baik daripada mereka yang mempunyai dua tangan.
Haema berkata demikian ketika ditemui pada majlis persandingannya bersama Zubir yang berlangsung di Puchong, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Heama turut berharap orang ramai tidak lagi mempersoalkan kekurangan fizikal suaminya kerana baginya, Zubir tidak pernah kurang dalam apa jua aspek.
Saya mohon jangan cakap begitu pada saya kerana bagi saya dia lelaki yang paling sempurna. Saya akan sentiasa menjadi tangan kanannya.
Untuk rekod, Zubir atau nama sebenarnya Muhammad Zubir Muhammad Ali , 26, kehilangan tangan kanannya selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan mesin kek ketika berusia empat tahun.
Terdahulu, pasangan itu selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung pada 31 Julai lalu.
The post ‘Dia Lelaki Terbaik, Saya Akan Sentiasa Menjadi Tangan Kanannya’ – Isteri Zubir Khan first appeared on OHBULAN!.





