29.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 5, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    #BabyXTRA: Bukan Mudah Jadi Ibu, Ain Edruce Dedah Keletihan Menyusu & Realiti Mendidik Anak-Anak

    Shopee Sale

    Bergelar ibu bukan sekadar menyaksikan anak membesar, tetapi turut menuntut pengorbanan dari segi masa, tenaga dan kesihatan diri.

    Di sebalik rutin harian yang kelihatan biasa, ada ibu yang terpaksa berjaga hampir setiap malam, menahan keletihan dan membuat keputusan sukar demi kesejahteraan diri serta anak-anak.

    Artikel Berkaitan: Ain Edruce Kongsi Cabaran ‘Putus Susu’ Anak – ‘Dalam Shower, Atas Katil Aku Menangis’

    Artikel Berkaitan: #TipsXTRA: ‘Tak Perlu Tunggu Ada Duit Banyak’ – Ain Edruce Nasihat Anak Muda Mula Melabur Sejak Awal Kerjaya

    Setiap Jam Bangun Menyusukan Anak

    Menerusi #BabyXTRA adalah sebuah segmen khas yang membawa pembaca mengenali sisi sebenar selebriti ketika melalui kehidupan sebagai ibu dan bapa. Segmen ini turut mengetengahkan pengalaman kehamilan, proses kelahiran, cabaran menjaga anak serta perubahan yang dialami selepas berkeluarga.

    Bagi edisi #BabyXTRA minggu ini, pengacara dan pelakon, Ain Edruce berkongsi realiti kehidupannya sebagai seorang ibu, termasuk cabaran menyusukan anak kedua serta pendekatan tegas yang diamalkan dalam mendidik anak-anaknya, Soraya dan Shaziman.

    Menurut Ain, pengalaman membesarkan anak kali kedua jauh lebih mencabar, terutama apabila dia masih menyusukan anaknya yang kini berusia setahun empat bulan.

    Meskipun menyedari kebaikan penyusuan susu ibu, Ain mengakui sudah membuat keputusan untuk menghentikan proses tersebut kerana keletihan yang dialaminya mula memberikan kesan terhadap kesihatan.

    Kali kedua ini sangat mencabar. Sekarang saya masih menyusukan anak saya yang berusia setahun empat bulan, tetapi dalam hati saya sudah membuat keputusan untuk berhenti menyusu sebab memenatkan.

    Lagi-lagi kalau anak kita bangun setiap satu atau dua jam. Bayangkan selama setahun empat bulan ini, hampir setiap jam saya bangun untuk menyusukan anak. Anak kedua saya pula jenis yang tidur di atas dada saya.

    Ain turut memberikan penghargaan kepada ibu-ibu yang masih meneruskan penyusuan walaupun berdepan cabaran fizikal dan emosi.

    Kudos kepada ibu-ibu yang masih menyusukan anak dan sedang melalui perkara yang sama seperti saya, tetapi mereka tetap tidak mahu berhenti.

    Bagi saya, perkara ini turut memberikan kesan kepada diri sendiri. Saya kurang tidur dan ada hari saya mengalami sedikit GERD. Anak pula tidur di atas badan saya, jadi demi kesihatan, saya membuat keputusan untuk berhenti menyusu.

    Mengaku Ibu Yang Lebih Garang

    Berkongsi mengenai cara didikan pula, Ain secara terbuka mengakui dirinya merupakan individu yang lebih tegas berbanding suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

    MENARIK:  [VIDEO] Madammu Naik Angin Dakwa ‘Mak Cik’ Cuba Rosakkan Hubungan Dengan Anak-Anak Tiri

    Dalam rumah tangga mereka, Amirul lebih banyak memainkan peranan sebagai ‘good cop’ atau individu yang lebih tenang apabila berdepan dengan anak-anak.

    Saya seorang ibu yang garang. Jadi, dalam rumah itu Amirul akan menjadi ‘good cop’.

    Anak saya kalau orang jumpa di luar memang nampak seperti diam sahaja. Memang lain betul dengan perangai saya.

    Selain menitikberatkan adab ketika bertemu orang lain, Ain turut menjaga pengambilan makanan anak-anaknya, terutama dalam mengehadkan makanan yang mengandungi gula.

    Saya memang latih anak saya. Kalau saya nampak dia berjumpa orang tetapi tidak mahu menegur, saya akan ajar dia. Makanan mereka pun saya sentiasa jaga dan tidak berikan terlalu banyak makanan manis.

    Bagaimanapun, Ain tidak semestinya akan memarahi anak-anak dalam setiap situasi. Sekiranya sesuatu perkara boleh diselesaikan dengan pendekatan lebih lembut, dia akan menyerahkan perkara tersebut kepada suaminya.

    Kalau saya rasa ada benda yang mereka lakukan tetapi tidak perlu dimarahi sangat, saya akan beri kepada Amirul untuk selesaikan.

    Kalau bercakap mengenai ibu bapa, memang saya yang lebih garang.

    ‘Mummy Mahu Yang Terbaik’

    Ketegasan Ain turut disedari oleh anak sulungnya, Soraya, yang pernah mempersoalkan mengapa ibunya sering memarahi mereka.

    Kalau tanya Soraya, dia selalu akan cakap, ‘Kenapa mummy selalu marah kita?’

    Tetapi saya akan jawab, ‘Because I want the best for you, sayang’.

    Walaupun mengamalkan pendekatan tegas, Ain tetap bersyukur kerana Soraya mudah mendengar kata dan menunjukkan tingkah laku yang baik.

    Tapi Soraya, Alhamdulillah, dia sangat bagus. Terima kasih sangat kepada dia sebab dia sangat berkelakuan baik dan tidak banyak perkara yang perlu dimarahi.

    Bagi Ain, ketegasan yang ditunjukkan bukanlah kerana mahu mengawal anak-anak secara berlebihan, sebaliknya lahir daripada keinginan seorang ibu untuk memberikan didikan serta kehidupan terbaik buat mereka.

    The post #BabyXTRA: Bukan Mudah Jadi Ibu, Ain Edruce Dedah Keletihan Menyusu & Realiti Mendidik Anak-Anak first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah