27.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Untuk Yang Convert Islam Dapat Bantuan Kewangan RM3,000’ – Parisa Ardina

    Shopee Sale

    Model, Parisa Ardina berkongsi bahawa proses suaminya, Sam Lim memeluk agama Islam tidaklah serumit seperti yang disangka.

    Artikel Berkaitan: Parisa Ardina Kongsi Detik Awal Kenal Sam Lim – ‘November 2025 Kenal, April 2026 Kahwin’

    MENARIK:  Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Sebelum Cerai Dengan Farid Kamil

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim Sah Bergelar Suami Parisa Ardina – ‘Kami Bukan Marketing’

    Dapat bantuan kewangan

    @

    ♬ –

    Menerusi satu perkongsian video di TikTok, Parisa menjelaskan bahawa individu yang ingin memeluk Islam hanya perlu hadir ke Jabatan Agama Islam dan mengisi serta menandatangani borang berkaitan.

    Tambahnya lagi, antara dokumen yang perlu dibawa ialah penyata bank bagi proses penyaluran bantuan kewangan kepada golongan mualaf.

    Kalau nak masuk Islam, pergi sahaja ke Jabatan Agama Islam dan maklumkan yang awak nak convert Islam.

    Nanti mereka akan minta isi borang dan tandatangan dokumen yang diperlukan.

    Jangan lupa bawa bank statement kerana ia diperlukan untuk urusan bantuan kewangan.

    Selepas itu, perlu isi borang rasmi masuk Islam dan dokumen tersebut akan disahkan.

    Kemudian, awak perlu pergi ke JPN untuk mengemaskini kad pengenalan (IC).

    Kena bawa bank statement juga sebab bagi mualaf, akan dapat bantuan kewangan sebanyak RM3,000.

    RM1,500 diberikan semasa pendaftaran, dan RM1,500 lagi selepas menghadiri kelas fardu ain.

    Mualaf juga biasanya akan menerima bantuan lain seperti al-Quran, sejadah, kain pelikat dan baju kurta.

    Masih belajar tentang Islam

    Dalam masa sama, Parisa memaklumkan bahawa suaminya masih berada dalam fasa pembelajaran dan tidak wajar diberi tekanan untuk terus menjadi sempurna dalam sekelip mata.

    Suami saya pun masih dalam proses belajar lagi.

    Dia pun masih baru, jadi tidak perlu mengharapkan dia sudah benar-benar memahami semuanya seperti seorang Muslim yang lama.

    Asalkan ada keinginan untuk belajar, itu sudah memadai.

    Sehubungan itu, dia berharap agar orang ramai tidak cepat menghukum atau mengecam golongan mualaf.

    Jadi, janganlah kecam dia selepas ini, seperti berkata ‘Dah masuk Islam, kenapa masih macam ini atau macam itu’.

    Sam Lim masih baru dan sedang dalam proses belajar.

    Saya sendiri pun masih banyak perkara yang perlu dipelajari.

    Alhamdulillah, urusan kami juga dipermudahkan.

    Proses kami pun menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Untuk Yang Convert Islam Dapat Bantuan Kewangan RM3,000’ – Parisa Ardina first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah