Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi momen menyentuh hati apabila dia membuat kejutan istimewa untuk ibu tercinta, Siti Noor Farah.
Artikel Berkaitan: ‘Sangat Hebat!’ – Uyaina Arshad Kagum Dengan Ketabahan Wanita Hamil Di Usia 40 Tahun Ke Atas
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gara-Gara Mengidam Emas, Uyaina Arshad Sanggup Ke Kuala Pilah – ‘Memang Betul Harga Murah, Bukan Dongeng’
‘Ummi banyak bergolok-gadai’

Menerusi video yang dimuat naik di Threads, memaparkan momen Uyaina memakaikan seutas gelang emas pada pergelangan tangan ibunya.
Suasana istimewa itu turut memperlihatkan si ibu menitiskan air mata dan terharu dengan pemberian tersebut.
Mengimbau kembali memori lama, Uyaina mendedahkan bahawa kejayaannya hari ini adalah hasil pengorbanan ibunya yang sanggup melakukan apa sahaja demi pendidikan anak-anak.
Waktu kecil dulu, Ummi banyak bergolok-gadai, bersusah-payah nak sekolahkan kami adik-beradik ke menara gading. Kami keluarga biasa-biasa.. Apa adanya tapi serba cukup Alhamdullillah.
‘Setiap tahun saya akan cuba hadiahkan emas’
View on Threads
Dek kerana niat mahu menghargai jasa dan pengorbanan ibu, Uyaina menjadikan pemberian emas sebagai tradisi tahunan sejak dia mula melangkah ke alam pekerjaan.
Dia percaya bahawa setiap rezeki yang dikurniakan kepadanya adalah berkat daripada doa seorang ibu.
Jadi bila saya dah mula kerja, setiap tahun saya akan cuba hadiahkan emas untuk Ummi saya.
Doakan saya dimewahkan rezeki supaya saya dapat teruskan tradisi ni untuk tahun-tahun yang mendatang.
Dalam hantaran yang sama, Uyaina turut menitipkan pesanan buat anak-anak agar tidak berkira untuk membahagiakan ibu bapa.
Mana yang berkemampuan. Mana yang ada rezeki lebih. Tanyalah ibu ayah kita apa yang mereka suka dan hadiahkanlah mereka dengan hadiah kebahagiaan.
Kerana doa mereka yang kita perlukan dalam hidup.
InshaaAllah rezeki kita akan terbentang luas seluas langit biru Tuhan. Hidup akan lebih berkat dan urusan harian akan lebih dipermudah.
Sumber: Threads Uyaina Arshad
The post [VIDEO] ‘Ummi Banyak Bergolok-Gadai Besarkan Kami’ – Uyaina Arshad Hadiahkan Emas Setiap Tahun Hargai Jasa Ibu first appeared on OHBULAN!.





