26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Tony Eusoff Dedah Suka Makan Rendang – ‘Saya Suka Orang Ajak Pergi Rumah Terbuka’

    Shopee Sale



    Meskipun berbeza agama, pelakon Tony Eusoff menyatakan dia suka untuk turut sama menyambut Hari Raya Aidilfitri.

    Tak sabar nak makan rendang

    Ketika ditemui , pemilik nama Anthony Joseph Hermas Rajiman berkata setiap kali perayaan hari raya tiba, dia tidak sabar mahu menikmati makanan kegemarannya, rendang.

    Saya menantikan rendang sebab memang makanan kegemaran. Saya suka kalau orang ajak pergi rumah terbuka sebab dapat makan rendang.

    Saya ramai kawan Melayu. Boleh dikatakan dalam sepuluh orang kawan, enam orang bangsa Melayu. Majoriti Melayu, jadi saya pun dah faham budaya masing-masing.

    Tambah Tony, 45, hari raya tahun ini agak berbeza dengan sebelum ini kerana dia akan bercuti ke negara jiran, Yogyakarta bersama ibunya.

    Sebab 3 April ini adalah hari kelahiran saya jadi sebagai orang yang tidak berkahwin lagi, saya bolehlah luangkan masa bersama ibu saya.

    Sempena hari jadi saya, saya nak bawa ibu saya jalan-jalan. Dia tidak boleh pergi ke tempat yang sejuk sebab dah tua.

    ‘Tak nak tukar agama ke?’

    Dalam pada itu, pelakon filem The Experts turut mendedahkan sering mendapat soalan berkaitan pertukaran agama kerana dilihat sangat memahami agama Islam.

    Selalu dapat soalan macam itu tetapi sebab utama saya adalah ibu saya. Ibu saya seorang penganut kristian yang tegar.

    Kepercayaan itu saya letak tepi dahulu. Tetapi saya sedia terima kepercayaan atau kefahaman orang lain. Sekiranya bukan sebab ibu saya, mungkin saya terdetik (masuk Islam).

    MENARIK:  [VIDEO] Cikgu ‘Berhempas Pulas’ Telefon Pelajar Lewat Hadir Untuk Kertas Sejarah SPM 2024 – ‘Beruntungnya Anak-Anak Sekarang’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah