30.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Bella Astillah Sentiasa Berada Belakang Syed Saddiq

    Shopee Sale

    Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah memberitahu dia akan terus berdiri teguh di sisi tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

    Artikel Berkaitan: ‘Keputusan Rayuan Sudah Ada, Namun Belum Sedia Diumumkan’ – Peguam Syed Saddiq

    Artikel Berkaitan: Keputusan Rayuan Syed Saddiq Tangguh 13 Julai Depan

    Sentiasa dengan Syed Saddiq

    Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabella Awang Astillah berkata, dia sentiasa mendoakan agar Syed Saddiq diberikan kekuatan menghadapi ujian yang sedang dihadapinya ketika ini.

    Semoga tabah, Insya-Allah, saya akan sentiasa berada di belakangnya.

    Dalam masa sama, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu menghormati keputusan mahkamah yang menangguhkan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq kepada 13 Julai depan.

    Menurut Bella, segala yang berlaku di luar jangkaan dan dia berharap orang ramai terus mendoakan agar urusan tunangnya dipermudahkan.

    Kita menghormati keputusan mahkamah. Ada perkara yang kita tak boleh jangkakan. Kita doa yang terbaik.

    Terdahulu, Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini melepas dan membebaskan Syed Saddiq kepada 13 Julai depan.

    MENARIK:  Shila Amzah Rindu ‘Perform’ Lagu Bahasa Melayu

    Penangguhan itu diumumkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, pada permulaan prosiding kira-kira pukul 9.30 pagi.

    Menurut beliau, prosiding tidak dapat diteruskan selepas seorang lagi anggota panel, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, tidak dapat hadir kerana sedang bercuti sakit selama dua hari bermula hari ini. Seorang lagi hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah, hadir di mahkamah.

    Keputusan rayuan itu bakal menentukan sama ada Syed Saddiq akan terus dibebaskan atau perlu menjalani hukuman penjara membabitkan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana ARMADA.

    Sekiranya rayuan pendakwaan ditolak, bekas Menteri Belia dan Sukan itu akan kekal dibebaskan. Namun, jika rayuan dibenarkan, beliau berdepan hukuman berdasarkan sabitan bagi pertuduhan yang dihadapinya.

    The post [VIDEO] Bella Astillah Sentiasa Berada Belakang Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah