Peserta misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF), Haroqs mengagihkan coklat yang diterimanya kepada golongan anak yatim.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Haroqs Menangis Doa Rezeki Ikan Melimpah Di Bumi G*za Dimakbulkan – ‘Mereka Tak Boleh Rampas Apa Allah Ada’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Haroqs Doa Ikan Dah Sampai Di Gaza’
Golongan yang memerlukan
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Haroqs memaklumkan dirinya diselubungi rasa tidak tenang menerima coklat yang banyak daripada pemberi.
Ujarnya lanjut, dia mengambil keputusan untuk berkongsi rezeki kepada golongan yang lebih memerlukan.
Saya nak minta maaf, kepada yang beri coklat pada saya hari itu.
Saya dah bagi coklat-coklat itu pada anak yatim.
Saya rasa mereka lebih memerlukan. Saya tak tenang bila dapat coklat yang begitu banyak.
Sepatutnya coklat itu kita bawa dan beri pada anak-anak Gaza tapi kita tiada rezeki.
Saya cuma mampu berdoa, suatu hari nanti saya dapat bawa coklat yang banyak untuk mereka.
Buat masa sekarang, apa yang saya boleh buat adalah beri pada mereka yang lebih memerlukan.
Dalam pada itu, Haroqs sempat mengingatkan orang ramai agar terus menyuarakan tentang misi Sumud Flotilla (GSF) agar bantuan dapat disalurkan kepada rakyat Palestin.
Jangan lupa terus bercakap tentang Palestin, ada ramai lagi kawan-kawan kita yang sedang berjuang.
Kita kena terus berdoa supaya mereka dapat dibebaskan dengan keadaan yang selamat.
Sumber: TikTok @haroqs
The post [VIDEO] Terima Banyak Coklat, Haroqs Agih Kepada Anak Yatim – ‘Sepatutnya Kita Bawa Untuk Anak Gaza Tapi Tiada Rezeki’ first appeared on OHBULAN!.





