Nama pempengaruh media sosial, Aisar Khaled sekali lagi menjadi sebutan apabila menyantuni seorang guru mengaji asal Indonesia dengan menghadiahkan pakej umrah dan sebuah motosikal.
Artikel Berkaitan: Ujian Jadi Tuah, Aisar Khaled Terima Penghargaan Daripada Senator Bali Selepas Dihalau
Artikel Berkaitan: ‘Kami Merayu’ – Warga Indonesia Mohon Bawa Aisar Khaled Pulang Malaysia
Hadiahkan motor

Menerusi perkongsian di Threads, Aisar atau nama sebenarnya Aisar Khaled Kamel, 26, memutuskan untuk melakukan perbuatan murni itu selepas tersentuh melihat kesungguhan dan kepayahan individu tersebut dalam mengajar anak-anak muridnya mengaji.
Aisar kemudiannya mengambil kesempatan melawat kediaman individu itu sebelum memaklumkan berita gembira kepadanya.
Menurut individu itu, dia mengajar seramai 40 kanak-kanak mengaji dengan penuh dedikasi walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.
Lebih menyayat hati, isteri kepada guru itu memaklumkan suaminya terpaksa berjalan kaki setiap kali mengajar mengaji di lokasi yang jauh.
Sebagai penghargaan atas dedikasinya, guru tersebut dihadiahkan wang tunai, pakej umrah dan sebuah motosikal daripada Aisar.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang guru mengaji sanggup berkorban dengan menahan lapar demi memastikan kanak-kanak dapat belajar mengaji al-Quran dengan penuh kesungguhan.
Sumber: Threads
The post [VIDEO] Terharu Lihat Guru Mengaji Berjalan Kaki, Aisar Khaled Taja Umrah & Hadiah Motor first appeared on OHBULAN!.





