Pelakon Fasha Sandha, memberikan respon berhubung pertikaian warganet mengenai aktor Firdaus Karim yang dipilih sebagai gandingannya menerusi drama Doa Yang Terlindung.
Artikel Berkaitan: ‘Pergi Bali Ditaja, Makan & Spa Pun Dia Belanja’ – Individu Kagum Cara Fasha Sandha Hargai Peminat
Artikel Berkaitan: ‘Saya Kekalkan Hubungan Baik Dengan Artis Senior, Tanpa Mereka Tiadalah Yang Baru’ – Fasha Sandha
Tidak wajar
View this post on Instagram
Ketika ditemui Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menganggap persoalan yang disuarakan oleh warganet itu adalah tidak wajar untuk dibahaskan.
Menurut Fasha, dia yakin lama-kelamaan penonton akan menyedari bakat yang dimiliki Firdaus, kerana melihat sifat dedikasinya terhadap kerjaya sebagai seorang pelakon.
Pada saya tak wajarlah untuk kita persoalkan pemilihan dia sebagai hero, sebab saya percaya dia berbakat.
Mungkin sekarang penonton belum faham lagi skrip drama itu kerana baru episod keempat.
Saya yakin selepas menonton lebih banyak episod, mereka akan mula menerima kehadiran Firdaus sebagai hero saya.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta baharu produk Dunia Herbs yang berlangsung di Restoran Sama-Sama Cuisine, pada Ahad.
Pemilihan hero

Mengulas lanjut, pelakon filem Cicak Man itu berkata, kritikan tentang rupa paras seseorang pelakon adalah merupakan isu yang sangat sensitif.
Setiap orang ada cantik dan kacaknya dengan cara yang tersendiri. Mungkin pada orang lain dia tak kacak, tapi untuk setengah orang dia ‘handsome’.
Bagi saya ia satu isu yang sangat subjektif.
Tambah Fasha lagi, pemilihan pelakon bagi sesebuah naskah pula adalah di bawah pengurusan stesen televisyen dan dia percaya bahawa pihak terbabit mempunyai sebab tersendiri dalam menetapkan barisan teruju utama.
Selain itu, Fasha sentiasa memberikan kepercayaan kepada pihak produksi dan stesen televisyen untuk menentukan gandingan pelakon dalam apa juga naskah yang dijayakannya.
Sepanjang berada dalam dunia lakonan, saya tidak pentingkan nak tahu siapa hero saya.
Sebab bila dah diberi peluang membawakan sesuatu naskah, saya akan letakkan kepercayaan itu kepada pengarah, penerbit dan stesen televisyen untuk buat pilihan siapa hero yang mereka mahukan.
Dalam masa sama, Fasha juga memaklumkan bahawa dia pernah digandingkan dengan aktor Wan Raja dalam drama Dendam Seorang Isteri serta pelakon Nazim Othman menerusi drama Lara Aishah, namun hanya mengetahuinya selepas tiba di set penggambaran.
Dari dulu lagi saya tak pernah tahu siapa hero saya. Bila datang set, barulah saya tahu siapa hero tetapi siapa pun mereka, saya tetap terima.
Terdahulu, ibu kepada tiga orang anak itu tampil mempertahankan Firdaus menerusi sebuah hantaran di Instagram Story, selepas warganet mempertikaikan pemilihan pelakon drama itu sebagai hero.
The post [VIDEO] ‘Tak Wajar Persoalkan Pemilihannya Sebagai Hero, Saya Percaya Dia Berbakat – Fasha Sandha ‘Backup’ Firdaus Karim first appeared on OHBULAN!.





