32.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, July 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hujung Tahun Kini Tiba. Nikmati Diskaun Tambahan Sehingga 15% Untuk Penerbangan Sehala, Termasuk Semua Daripada Malaysia Airlines!

    Shopee Sale

    Kredit: iStock

    Buat sesiapa yang sudah melalui tahun yang panjang dan ingin “reset” sebelum melangkah ke 2026, inilah masa terbaik untuk menghadiahkan diri dengan sebuah percutian. Malaysia Airlines kini menawarkan penerbangan sehala dengan diskaun tambahan sehingga 15%, peluang menarik bagi sesiapa yang sudah lama merancang untuk melancong.

    Promosi ini berlangsung dari 21 November hingga 22 Disember 2025, jadi dah boleh rancang sama ada percutian hujung tahun atau awal Januari. Lebih menarik, tempoh perjalanan juga sehingga 31 Januari 2026 (mengikut destinasi), jadi ada banyak pilihan masa dan lebih fleksibel untuk pilih tarikh.

    Sebelum itu, jom kami kongsikan dulu 5 destinasi yang boleh korang pertimbangkan dalam list percutian nanti!

    Terokai keindahan tropika di Phuket daripada RM239 sehala, termasuk semua

    Kredit: iStock

    Jika ingin bercuti ke destinasi tropika yang dekat dan mudah diakses, Phuket kekal sebagai pilihan utama.

    Ao Sane Beach terkenal dengan suasana lebih tenang untuk snorkeling, manakala Kata Noi Beach sesuai untuk percutian keluarga. Jangan lupa menikmati panorama indah di Laem Singh Viewpoint atau kunjungi Phuket Elephant Sanctuary untuk pengalaman bersama gajah yang lebih bermakna.

    Bagi pencinta sejarah dan budaya, Soi Romanee menawarkan lorong-lorong klasik dengan bangunan Cina-Peranakan serta kafe unik yang menarik untuk bergambar.

    Malaysia Airlines menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Phuket sebanyak 21 kali seminggu.

    Nikmati pengalaman budaya di Trivandrum daripada RM419 sehala, termasuk semua

    Kredit: Malaysia Airlines

    Untuk destinasi yang lebih santai tetapi kaya dengan budaya dan sejarah, Trivandrum, Kerala merupakan permata yang semakin mendapat perhatian.

    Selain itu, jangan lupa untuk berkunjung ke Veli Tourist Village, menikmati pemandangan matahari terbit di Shanghumukham Beach, atau melawat Kuthiramalika Palace Museum dan Sree Chitra Art Gallery yang menampilkan koleksi seni klasik India.

    Untuk pengalaman unik, jangan lepaskan peluang untuk menaiki houseboat di Ashtamudi Lake sambil menikmati pemandangan kampung tradisional dan backwaters yang tenang.

    Malaysia Airlines menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Trivandrum sebanyak 7 kali seminggu.

    Bersantai dan jelajah Brisbane daripada RM979 sehala, termasuk semua

    Kredit:Dreamstime.com

    Bagi pencinta cuaca panas dan aktiviti luar, Brisbane ialah destinasi yang ideal.

    Nikmati pemandangan bandar yang indah dari Mount Coot-tha Lookout, kunjungi Queensland Art Gallery & Gallery of Modern Art, atau habiskan masa di Roma Street Parkland untuk berkelah dan bersiar-siar.

    Untuk aktiviti pantai dan alam semula jadi, Bribie Island menawarkan pengalaman santai, manakala Eat Street Northshore pula merupakan lokasi pilihan untuk menikmati hidangan antarabangsa. 

    South Bank Parklands sentiasa hidup dengan acara hujung tahun, manakala Lone Pine Koala Sanctuary memberikan pengalaman untuk berinteraksi dengan hidupan liar Australia.

    Malaysia Airlines menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Brisbane sebanyak 5 kali seminggu.

    Terokai musim sejuk di Seoul daripada RM1,129 sehala, termasuk semua

    Kredit: iStock

    Buat peminat budaya Korea, Seoul menawarkan pengalaman musim sejuk yang meriah dan penuh warna.

    MENARIK:  [VIDEO] Faisal Halim Pesan Jangan Salah Pilih ‘Cinggey’ – ‘Boleh Menjatuhkan Pemain Bola Sepak’

    Lawati Gyeongbokgung Palace untuk melihat seni bina tradisional, nikmati pemandangan bandar dari Namsan Seoul Tower, atau berlibur sambil membeli-belah di Myeongdong dan Dongdaemun. Kawasan Hongdae pula terkenal dengan kafe hip, muzik live dan suasana malam yang hidup.

    Untuk yang merancang perjalanan pada Januari, korang juga boleh menikmati aktiviti ski dan snowboarding di Gangwon Province.

    Malaysia Airlines menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul sebanyak 12 kali seminggu.

    Rasai pengalaman musim perayaan di London daripada RM1,239 sehala, termasuk semua

    Kredit: iStock

    Untuk sesiapa yang mahu merasai keindahan hujung tahun yang istimewa, London sememangnya destinasi yang tidak pernah mengecewakan. Dari lampu-lampu indah di Covent Garden dan Oxford Street, ke Hyde Park Winter Wonderland yang menawarkan pelbagai aktiviti seperti ice skating, rides dan festive market, kota ini sentiasa meriah pada hujung tahun.

    Jangan lepaskan peluang menikmati panorama bandar dari The Shard, melawat Tower of London, atau mencari makanan unik di Camden Market. Pada bulan Januari, suasana kota menjadi lebih tenang, sesuai untuk melawat muzium, mengambil gambar estetik dan menikmati festival seni.

    Senang cerita, untuk pengalaman bercuti hujung tahun yang berbeza-beza, London memang tak pernah mengecewakan.

    Malaysia Airlines menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke London sebanyak 14 kali seminggu.

    Lebih banyak destinasi menarik untuk diterokai

    Selain lima destinasi utama tadi, promosi ini juga menawarkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke destinasi-destinasi lain seperti Melbourne, Sydney, Perth, Paris, Hyderabad, Chennai, Mumbai, Bengaluru, Ahmedabad, Dhaka, Colombo, Kochi, Kolkata, Maldives, dan Manila.

    Tempoh tempahan: 21 November hingga 22 Disember 2025
    Tempoh perjalanan: Sekarang hingga 31 Januari 2026 (bergantung kepada destinasi)

    *Tertakluk terma dan syarat.

    Terbang lebih selesa dengan perkhidmatan penuh dari Malaysia Airlines

    Kredit: Malaysia Airlines

    Selain harga yang berbaloi, Malaysia Airlines juga menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih selesa melalui perkhidmatan penuh termasuk:

    • Bagasi berdaftar dari 20kg untuk semua penerbangan Ekonomi
    • Menu Best of Asia yang lazat di atas pesawat
    • Pilihan makanan khas Chef-on-Call (bagi penerbangan Business Class yang terpilih sahaja) untuk pengalaman lebih eksklusif

    Nikmati pelbagai tawaran menarik apabila korang buat tempahan terus di laman rasmi Malaysia Airlines seperti:

    • Tambahan 5% diskaun untuk ahli Enrich
    • Pilihan untuk mengubahsuai tempahan mengikut keperluan
    • Kadar istimewa untuk perkhidmatan tambahan
    • Tambang kanak-kanak
    • Diskaun sehingga 15% untuk penerbangan seterusnya
    • Rebooking percuma

    *Tertakluk terma dan syarat.

    Jadi, apa tunggu lagi, jom tempah sekarang dan mulakan 2026 ini dengan pengalaman yang lebih bermakna bersama Malaysia Airlines.

    The post Hujung Tahun Kini Tiba. Nikmati Diskaun Tambahan Sehingga 15% Untuk Penerbangan Sehala, Termasuk Semua Daripada Malaysia Airlines! first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah