33.1 C
Kuala Lumpur
Friday, August 28, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Dapat Sebarang Kontrak Daripada Pihak Penganjur’ – Aisha Retno Terkilan Tiada Perbincangan Sebelum Umum Batal Konsert

    Shopee Sale



    Kharisma Music International selaku penganjur konsert Aisha Retno Malam Sutera memberitahu mereka terpaksa membatalkan konsert tersebut dek kerana jualan tiket tidak mendapat sambutan.

    Terbaru, Aisha pula dilihat tampil mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan konsert solonya itu.

    Tidak profesional

    Menerusi rakaman sebuah video pendek yang dimuat naik di Instagram, Aisha mendakwa pihak penganjur tidak profesional susulan mengeluarkan kenyataan berhubung pembatalan konsert solonya. Menurut Aisha atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, dia mahu meneruskan konsert tersebut namun tidak dapat berbuat apa-apa susulan semua keputusan dibuat tanpa perbincangan.

    Kalau diberi peluang saya nak lakukan konsert itu namun keputusan sudah dibuat dan tidak boleh buat apa. Mereka tidak mahu berbincang. Saya rasa penganjur kurang profesional dengan mengeluarkan kenyataan sebelum ini tentang konsert.

    Sepatutnya perlu buat pengumuman umum terlebih dahulu dan maklumkan pada saya supaya saya tahu apa sedang berlaku.

    Tambah Aisha, pembatalan konsert tersebut telah memberi kesan yang besar buat karier seninya selepas terpaksa menolak beberapa tawaran kerja.

    Kerugian itu saya perlu tanggung sehingga ada beberapa kerja saya perlu tarik diri disebabkan tarikh itu sebelum konsert. Saya juga tidak tahu apa-apa status tentang konsert ini sejak beberapa bulan lepas.

    Berbicara lebih lanjut, Aisha berkata, setiap urusan berkaitan penganjuran konsert sepatutnya menjadi tanggungjawab pihak penganjur.

    Sepatutnya tugas perancangan kewangan dan pemasaran merupakan tugas penganjur tetapi mereka lemparkan tugas-tugas itu kepada produk (saya) dan saya tak rasa ia sepatutnya jadi begitu.

    Sekadar info, Konsert Aisha Retno Malam Sutera sepatutnya berlangsung pada 16 November ini di Zepp, Kuala Lumpur. Namun, ia dibatalkan kerana jualan tiket rendah.

    MENARIK:  [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Mahu Terlalu Kawal Kehidupan Anak – ‘Itu Adalah Pilihan Dia’

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah