31.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 11, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Mahu Terlalu Kawal Kehidupan Anak – ‘Itu Adalah Pilihan Dia’

    Shopee Sale

    Pelakon Datin Atikah Suhaime berkongsi tentang impiannya terhadap anak sulung iaitu Lyla Mulan Teh jika cahaya matanya itu sudah membesar.

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Belum Sedia Untuk Tambah Anak – ‘Saya Ingin Memberikan Yang Terbaik Kepada Mulan’

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan

    Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kongsi Tips Cari Suami Kaya, Makan Di Restoran Mewah & Main Golf

    Tak merancang

    " data-video-id="7508587114318056705" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @pama.my

    Ketika ditanyakan adakah dirinya mahu merancang kehidupan Lyla Mulan Teh, Datin Atikah memberitahu dia sentiasa mahukan yang terbaik. Namun, dia sedar bahawa apa yang seorang ibu rasakan terbaik untuk anaknya, belum tentu itu yang terbaik buat mereka. Kata Atikah lagi, dia hanya menginginkan yang terbaik dan berharap agar suatu hari nanti, Mulan tidak akan membenci dirinya kerana hal itu. Saksikan video penuh Borak Pa&Ma bersama Datin Atikah Suhaime jam 4.30 petang ini di Facebook dan YouTube Pa&Ma! #BorakPaMaSpecial #HariIbu2025 #majalahpama #AtikahSuhaime

    ♬ original sound – Pa&Ma – Pa&Ma

    Menerusi temu bual Borak Pa & Ma, Atikah atau nama lengkapnya Nur Atikah Mohd Suhaimi berkata, pada awalnya dia berhasrat dan merancang untuk mengatur masa depan Mulan.

    Bagaimanapun, aktres berusia 34 tahun itu sedar, dia tidak mampu untuk mengawal pilihan cahaya matanya itu.

    Kalau boleh saya nak kawal hidup dia, saya nak dia jadi seorang penari balet, nak dia kahwin dengan orang-orang kenamaan, masuk sekolah yang terbaik.

    Tapi pada akhirnya, itu adalah hidup dia dan pilihan dia.

    Ibu saya pun ada macam-macam cita-cita untuk saya. Maksud saya, kita memang rancang macam-macam untuk anak.

    Tetapi yang kita rasa terbaik tak semestinya baik untuk dia. Jadi saya biarkan sahaja apa yang dia mahukan.

    Harapan Atikah

    Dalam masa yang sama, pelakon filem My Stupid Boss itu juga berharap anak perempuannya itu akan sentiasa menyayanginya meskipun sudah berganjak dewasa kelak.

    Kadang-kadang ada budak bila sudah besar dia marah pada mak dia sendiri. Saya selalu terfikir apa yang mak dia buat sampai anak dia marah.

    Saya harap Mulan akan sentiasa menyayangi saya selamanya.

    Saya mahukan yang terbaik untuknya, harap-harap dia tak benci saya bila dia sudah membesar.

    Untuk rekod Atikah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Datuk Lokman Teh pada Januari 2024. Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan pada 8 Mac lalu.

    Sumber: TikTok Pa & Ma

    The post [VIDEO] Atikah Suhaime Tak Mahu Terlalu Kawal Kehidupan Anak – ‘Itu Adalah Pilihan Dia’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah