34 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Tak Best Bila Masuk Kerja Ada Bos Tengah Marah’ – Dynas Mokhtar

    Shopee Sale



    Pelakon Dynas Mokhtar meluahkan rasa kesal terhadap majikan yang tidak mampu mengawal emosi marah.

    Kesan kepada pekerja

    " data-video-id="7436657429506493704" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @dynasmokhtar_tiktok

    Luahan hati today…

    ? original sound – dynasmokhtar_tiktok – dynasmokhtar_tiktok

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar berkata, emosi majikan yang tidak menentu boleh memberikan kesan kepada pekerja.

    Hari ini saya stres. Tak bestkan sebenarnya bila awak masuk kerja, ada orang tengah marah-marah mesti akan beri kesan kepada mood.

    Mesti ada cara untuk tegur pekerja, sebab ia akan beri kesan kepada mood pekerja itu.

    Jejas kualiti

    Dalam masa yang sama, aktres berusia 41 tahun tersebut juga berpendapat bahawa sikap majikan seperti itu boleh menjejaskan kualiti kerja.

    Apabila jadi begitu, ia akan beri kesan pula kepada kualiti kerja. Benda yang kita buat pada hari itu tidak akan jadi bagus.

    Tak boleh nak buat kerja sepenuh hati dan tak bersemangat sebab mood dah lari.

    Jadi saya terfikir, apa jenis bos yang awak ingin jadi untuk pekerja awak? Itu persoalan saya untuk awak.

    Walau bagaimanapun, Dynas tidak menyatakan pada siapakah luahan tersebut ditujukan.

    MENARIK:  ‘Lagu Ini Bukan Rekaan, Kisah Benar Hidup Mas Idayu’ – Farez Adnan

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon drama Kisah Cinta Rumi selain menganggap ia menunjukkan sikap majikan yang tidak profesional.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah