Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin berkongsi detik perkenalannya dengan suami tercinta, Shaheizy Sam setelah hampir lapan tahun melayari bahtera perkahwinan bersama.
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Mahu Anak-Anak Seronok Nikmati Fasa Membesar – ‘Mereka Nak Main Hujan, Lumpur, Tanah Saya Bagi’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Letak Televisyen Di Tempat Yang Tinggi, Syatilla Melvin Mengaku Fobia Sebab Anak Pernah Ketuk Guna…
Mula kenal

Menerusi klip potongan dari siaran langsung di TikTok, pemilik nama Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 34, berkata pertemuan pertama mereka adalah semasa dia memasuki program Dewi Remaja 2009/2010.
Saya dengan Sam mula bercinta sejak umur 19 tahun. Kami mula kenal semasa berjumpa di program Dewi Remaja di KL Sentral.
Kebetulan pada ketika itu Sam turut hadir bagi mempromosikan filem Adnan Sempit.
Sam tidak kenal saya pun pada masa itu. Masa jumpa, saya pun tegur Sam dan berborak dengan dia.
Lebih menarik, Syatilla yang juga ibu kepada tiga orang cahaya mata berkata Sam mula menghubunginya menerusi Facebook tidak lama selepas pertemuan mereka di program tersebut.
Saya buka DM di Facebook tengok Sam ada tinggalkan nombor telefon dia.
Firasat saya mengatakan hubungan ini akan terjadi. Pada ketika itu, saya mempunyai teman lelaki tetapi kami bergaduh dan memilih untuk berpisah.
Kemudian, saya hubungi Sam dan kami buat keputusan untuk berjumpa.
Untuk rekod, Syatilla mendirikan rumah tangga Sam pada 8 Februari 2016.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Detik Manis Perkenalan Dengan Shaheizy Sam – ‘Mula Tersempak Masa Dewi Remaja’ first appeared on OHBULAN!.





