25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Suami Kiah Propa Meninggal Dunia

    Shopee Sale



    Pengacara dan pelakon, Kiah Propa memaklumkan suaminya, Mohamad Nazri Ismail meninggal dunia di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya pada Selasa.

    Sedekahkan Al-fatihah

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by ??? ????????? ?????????? (@kiahpropasebenarr)

    Menerusi hantaran di Instagram (IG), Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil, berkongsi kisah duka tersebut. Menurut Kiah, 46, suaminya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6 pagi.

    Suami saya, Mohamad Nazri, baharu sahaja meninggal dunia di IKN Putrajaya. Arwah akan dikebumikan di Saujana Utama, Sungai Buloh, insya-ALLAH sebelum Zohor.

    Dari IKN Putrajaya akan ke Masjid Saujana Utama, Sungai Buloh. Doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.

    Difahamkan, Allahyarham didiagnosis dengan kanser leher dan kalenjer air liur tahap empat tahun lalu dan selepas itu sel barah dikatakan merebak ke organ lain.

    MENARIK:  [VIDEO] Siti Jamumall Pilih Nikah Di Thailand Sebab Proses Dokumentasi Malaysia Lama – ‘Saya Rugi Hampir RM70k’

    Terdahulu, Kiah nekad untuk bernikah kembali pada 16 November 2024 kerana mahu menjaga Mohamad Nazri yang sakit.

    Sebelum ini, Kiah dan Nazri pernah mendirikan rumah tangga pada 2011, namun berpisah selepas beberapa tahun bernikah.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah