Penyanyi dan pengacara Sissy Imann bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya pada bulan ini.
Artikel Berkaitan: Sissy Iman Teruja Jadi Pengacara Majlis Nikah Amira Othman & Fattah Amin
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tahniah! Sissy Imann Kini Pemegang Ijazah Sarjana Muzik
Mendirikan rumah tangga

Ketika ditemui , Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, mendedahkan bakal suaminya merupakan seorang yang berkhidmat luar daripada industri muzik iaitu merupakan seorang doktor.
Apa yang saya boleh kongsikan setakat ini, Insya-Allah saya bakal berkahwin, tapi tarikhnya itu saya minta maaf sebab saya nak simpan. Maksudnya untuk keluarga dan untuk menghormati keluarga pihak sana.
Apa yang saya boleh sahkan bukan dalam kalangan rakan industri. Tak ada kena mengena dengan industri muzik.
Saya kenal tahun ini. Mungkin rezeki (jodoh), mungkin masa dah sampai.
Sissy berkongsi berita gembira itu ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu barunya yang berjudul ‘Dengan Kamu’ yang berlangsung di Qeqoz Cafe, Gombak, sebentar tadi.
Menjawab mengenai persiapan, pelantun lagu ‘Mungkin Kamu’ itu akui hampir siap sepenuhnya.
Yakin untuk berumah tangga

Berkongsi lebih lanjut, penyanyi berusia 30 tahun itu memaklumkan ciri-ciri bakal suami mestilah yang dapat bergaul baik dengan keluarganya.
Sesiapa sahaja yang saya rasa ingin rapat atau berkawan mestilah yang boleh masuk dengan kelurga saya, boleh dengan ayahanda dan bonda saya, itu yang menjadi keutamaan.
Jadi, dia lain sikitlah kali ini sebab dia sangat menghormati keluarga saya.
Sementara itu, Sissy mendedahkan awal perkenalan adalah bermula daripada dirinya sebagai pesakit di pusat perubatan bakal suaminya berkhidmat.
Jadi permulaan saya berjumpa dengan dia tu, saya merupakan pesakit dia.
Sebelum ini, timbul dakwaan mengenai Sissy sudah berpunya apabila memuat naik hantaran menunjukkan dia memakai cincin.
The post [VIDEO] Sissy Imann Tamatkan Zaman Bujang Dalam Masa Terdekat – ‘Awal Perkenalan, Saya Sebenarnya Pesakit Dia’ first appeared on OHBULAN!.





