28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 8, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shuib Menangis Kerana Talita Sudah Dewasa – ‘Harap Talita Menjadi Wanita Solehah Seperti Harapan Daddy’

    Shopee Sale



    Shuib

    Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib gagal menahan air mata apabila satu-satunya anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra memaklumkan sudah akil baligh selepas datang haid.

    ‘Dah jadi anak dara’

    Shuib

    Menerusi hantaran di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya  Shahmira Muhamad, 40, berkata dia akan mengenang peristiwa tersebut dalam ingatannya buat selama-lamanya.

    Tambah Shuib, dia mendoakan agar Talita membesar menjadi seorang wanita yang solehah.

    Cerita 21 Mac 2024, sebelum berbuka puasa tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy (panggilan Shuib) dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.

    Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat.

    Dalam hantaran sama, Talita juga dilihat menangis sambil dipeluk bapanya.

    Dalam pada itu, Shuib bertanya kepada pengikutnya adakah normal seorang bapa menangis apabila anak perempuan mereka sudah masuk ke alam dewasa.

    Aku je ke bapak yang sedih bila anak perempuannya dah melangkah alam dewasa? Ke korang yang bapak-bapak pun sama akan menangis?

    Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan turut berasa sebak melihat momen dua anak-beranak itu.

    MENARIK:  Pecah 6,800 Telur QL Eggs Untuk 68 Tahun Merdeka, Karnival Ini Paling ‘EGG-stra’ Meriah

    Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 kerana jangkitan Covid-19.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan, 3 tahun.

    Shuib kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi bersama wanita bernama Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

     

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah