Apabila aroma nasi lemak bertemu rasa telur ‘Golden’, suasana Hari Kemerdekaan menjadi lebih istimewa.
Tahun ini, QL Eggs meraikan ulang tahun ke-68 kemerdekaan negara dengan acara yang cukup luar biasa dengan memecahkan 6,800 biji telur untuk menambah Golden Goodness pada Nasi Lemak Kebanggaan Malaysia yang ditaja oleh Chan Mari Chan.
Semua ini bakal berlangsung di QL Eggs Breakathon Carnival pada 16 Ogos 2025, jam 9 pagi hingga 1 petang. Karnival ini bukan sekadar pesta makan, tetapi juga ruang untuk mencipta kenangan, menghibur hati dan meraikan semangat Malaysia dengan cara paling EGG-straordinary.
5 tarikan EGG-stra yang korang tak boleh lepaskan

Mesti korang nak tahu apa yang menarik di QL Eggs Breakathon Carnival, bukan? Jom kami kongsikan highlight karnival ini yang pasti buat korang menyesal jika terlepas.
EGG-stra BIG Prizes
Hanya dengan pembelian 2 pek 15’s QL Eggs, pengunjung berpeluang memenangi Golden Egg bernilai RM11,390*.
Bukan itu sahaja, ada juga hadiah bekalan QL Eggs untuk setahun atau setengah tahun, cukup untuk memastikan stok telur berkhasiat sentiasa tersedia di dapur korang.
*Nilai emas berdasarkan harga pada 29 Julai 2025.
EGG-stra BIG Giveaway
Rakam momen korang bersama kami di QL Eggs Breakathon, muat naik ke media sosial dan tebus telur percuma.*Terhad hanya untuk 2,000 set sahaja.
Korang juga boleh menikmati nasi lemak ber’Golden’ percuma yang dihidang panas-panas dengan telur gebu dan lembut.
EGG-stra BIG Celebrities

Jangan lepaskan peluang jumpa pasangan beregu badminton negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin, duta rasmi QL Eggs.
Saksikan Chef Dato’ Fazley Yaakob menyediakan Creamy Egg Sambal percuma dan Abe Yong memasak Bento Special untuk pengunjung. Turut memeriahkan suasana, Pinnyang dan Jason Jezi dengan sesi TikTok Live Selling yang menghiburkan.
EGG-stra BIG Surprises
Korang juga berpeluang membawa balik koleksi plushies QL Eggs Blind Box edisi terhad yang comel dan unik, sesuai dijadikan kenangan daripada karnival ini.

EGG-stra BIG Lifesized Egg
Lengkapkan kunjungan korang dengan bergambar di hadapan replika Giant Sunny Side Up. Lokasi ini confirm jadi tarikan utama untuk album kenangan Merdeka korang.
QL Eggs, lebih dari sekadar telur biasa
QL Eggs diperkaya dengan Gold Class NUTRI
yang mengandungi Vitamin A, B12, D, E, protein, iodin dan selenium.
Pilihan premium ini memberi korang tenaga, fokus dan semangat untuk mulakan hari korang. Sesuai untuk sarapan keluarga, bekal sekolah atau hidangan istimewa bila-bila masa.
Dengan tagline Break & Shine, setiap pecahan QL Eggs melambangkan langkah untuk capai impian, mengeratkan kasih sayang dan pupuk semangat kemenangan.

Jom sertai kemeriahan Breakathon Carnival
Jadi jangan lepaskan peluang sertai QL Eggs Breakathon Carnival pada 16 Ogos 2025, jam 9 pagi hingga 1 petang di The Campus Ampang (padang bola sepak).
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari www.qleggs.com atau ikuti QL Eggs di TikTok @qleggs_my dan Facebook QL Eggs. Tunggu apa lagi?
The post Pecah 6,800 Telur QL Eggs Untuk 68 Tahun Merdeka, Karnival Ini Paling ‘EGG-stra’ Meriah first appeared on OHBULAN!.





