Penyampai radio, Ili Ruzanna tampil menjelaskan keputusan untuk berdiam diri susulan pelbagai spekulasi yang mengaitkan namanya selepas memilih untuk meninggalkan stesen radio.
Artikel Berkaitan: Fiza Frizzy Tegur Sikap Seorang Penyampai Radio? – ‘Pamer Watak Sopan, Sebenarnya Manusia Paling Biadab’
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz Umum Undur Diri Jadi Penyampai Radio, Almy Nadia Titip Ucapan Semangat – ‘Percaya Rezeki Ada Di Mana-Mana’
Pilih berdiam diri

Ketika ditemui , Ili mengakui membaca pelbagai spekulasi yang timbul, namun memilih untuk berdiam diri bagi memberi ruang agar keadaan kembali reda.
Menurut Ili, dia memilih untuk tidak bersuara kerana tidak mahu keadaan menjadi lebih rumit apabila ada pihak yang menokok tambah atau memanaskan lagi isu berkenaan.
Saya ada baca banyak spekulasi tapi saya tak boleh bercakap apa-apa tentang perkara itu.
Orang memang suka gossip, suka ‘tea’. Saya yakin perkara sebegini akan reda dalam beberapa hari.
Bukan saya tak kisah cuma setiap yang berlaku ada sebab. Saya pilih untuk berdiam diri untuk kebenaran saya.
Kalau bersuara, takut orang memanaskan lagi perkara itu.
Ili berkata demikian ketika ditemui pada sidang media menerusi single terbaharu Syasya Rizal berjudul ‘Different’ yang berlangsung di Universal Music Malaysia, Petaling Jaya, baru-baru ini.
Berkongsi mengenai perancangan kariernya selepas ini, Ili menzahirkan hasratnya untuk mencuba cabang seni lain termasuk menceburi bidang nyanyian dan lakonan.
Saya nak fokus pada perkara lain dalam hidup buat masa sekarang. Menyanyi mungkin boleh dan insya-Allah kalau ada peluang berlakon pun boleh saja.
Kalau ada peluang, saya terima.
Saya juga nak melancong serta luangkan masa dengan keluarga dulu. Dah hampir sembilan tahun saya kerja dalam radio, lama sangat dah.
Mengimbas kembali, pengumuman meninggalkan stesen radio berkenaan sebelum ini sememangnya meraih perhatian ramai namun penyampai radio berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat atas kehendak dirinya sendiri.
The post Ili Ruzanna Pilih Berdiam Diri, Tak Mahu Isu Berhenti Radio Dipanaskan – ‘Orang Memang Suka Gossip’ first appeared on OHBULAN!.





