30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 27, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Isu lesen judi Kedah: PKR kecam Sanusi alih tiang gol, salahkan Anwar

    Shopee Sale

    PKR Kedah mengecam kenyataan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor yang disifatkan sebagai biadap terhadap Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung isu lesen premis perjudian di Kedah.

    Pengarah Komunikasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kedah Tunku Nashrul Abaidah berkata hakikatnya, kerajaan negeri kalah dalam tindakan undang-undang berkenaan isu itu dan Perdana Menteri tidak terlibat dalam menentukan keputusan mahkamah.

    "Saya mengecam kenyataan biadab menteri besar Kedah yang menghamburkan makian terhadap perdana menteri terkait isu lesen premis perjudian di negeri ini.

    "Tindakan pentadbiran pimpinannya dibatalkan selepas mahkamah mendapati perkara itu melangkaui bidang kuasa negeri, manakala permohonan untuk mendapatkan kebenaran merayu turut ditolak oleh Mahkamah Persekutuan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Dia berkata negara ini mengamalkan pemisahan kuasa antara tiga cabang utama iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman.

    "Kes ini berpunca daripada keputusan pentadbiran Sanusi, dicabar oleh pihak pengendali dan diputuskan secara bebas oleh badan kehakiman.

    "Sanusi usah baling batu sembunyi tangan. Sikap bermuka-muka dan berpura-pura suci dalam isu ini jelas mencerminkan kemunafikan politik," katanya.

    MENARIK:  ‘Ampu bukan budaya Johor’ - Muda bidas Umno Johor tolak kempen dakwa semula Zahid

    Tunku Nashrul berkata ketika PAS berada dalam kerajaan Perikatan Nasional, pentadbiran yang disertai parti itu meningkatkan cabutan khas judi daripada lapan kepada 22 kali setahun.

    "Sebaliknya, Anwar sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dihamun oleh Sanusi itulah yang menurunkannya kembali kepada lapan kali setahun,” katanya.

    Tunku Nashrul juga berkata tindakan Sanusi memaki perdana menteri dan mengheret pihak yang tiada kena-mengena semata-mata untuk menutup kelemahan sendiri adalah biadab.

    “Sanusi, usah alih tiang gol, sila jawab kekalahan pentadbiran sendiri secara berfakta dan berhenti menjadikan perdana menteri sebagai sasaran," katanya.

    Sanusi didakwa menggunakan laras bahasa kesat semasa program Penjelasan Isu Halangan Pengharaman Judi Di Kedah di Dewan Seri Mentaloon, di Alor Setar pada malam Selasa lepas, yang dianjurkan bagi menjelaskan situasi selepas keputusan mahkamah berhubung isu itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah