26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Sharif Zero Sedia Jernihkan Hubungan Dengan Atu – ‘Abang Minta Maaf, Harap Kita Kembali Seperti Dulu’

    Shopee Sale

    Pelawak dan pelakon Sharif Zero terbuka untuk memperbaiki hubungan bersama adiknya iaitu Atu Zero susulan persengketaan antara mereka yang masih berlanjutan sehingga kini.

    Artikel Berkaitan: Dakwa Duit Antara Punca Konflik, Atu & Sharif Zero Masih Belum Berdamai – ‘Mungkin Maaf Boleh Menjernihkan’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Memang Betul, Tapi Untuk Sementara’ – Zero Tepis Dakwaan Berpecah

    Mahu berbaik

    Ketika ditemui pemilik nama Sharif Kadir Doli Sharif, 35, itu mengakui kekhilafannya dan memohon maaf kepada Atu, selain berharap hubungan mereka kembali jernih seperti dahulu.

    Kalau dia anggap ini salah saya, ini memang salah saya. Mungkin saya sudah terbongkar cerita mengenai dia tapi saya tak ada niat pun sebenarnya. Cuma itulah, perkara pun sudah berlaku.

    Abang minta maaf, saya berharap agar kita kembali seperti dulu.

    Saya terima saja dia nak datang berjumpa dan kalau dia nak saya yang datang berjumpa pun, saya okay sahaja.

    Sementara itu, Sharif turut memaklumkan bahawa dia pernah berusaha untuk menyelesaikan kemelut antara mereka.

    Ada ke isu duit? Berapa kali saya ajak jumpa dia?

    Saya ada ajak dia untuk berjumpa dan berbincang. Jadi, janganlah kata saya tak ada usaha.

    Sharif berkata demikan ketika ditemui pada sidang media Havoc Raya Fest yang berlangsung di Setia Citu Convention Centre, Shah Alam pada Isnin.

    MENARIK:  [VIDEO] Anak Terima Kecaman & Ugutan, Pelakon ‘KL Gangster’ Tempelak Netizen – ‘Suka Hati Kau Ja, Aku Hidup Lagi Tau’

    Rindu mahu bersama

    View this post on Instagram

    A post shared by sharifzero (@sharif_zero)

    Dalam masa sama, juara Famili Duo musim ketiga itu juga mengakui sedih dengan konflik tersebut, terutama apabila ibu mereka turut mengetahui tentang perkara ini.

    Bagaimanapun, Sharif tetap memohon doa agar perbalahan yang telah berlaku selama kira-kira dua tahun itu dapat diselesaikan dan mereka kembali bersatu.

    Siapa tak sedih dengan apa yang berlaku. Sebagai seorang abang, sudah tentu saya sedih dan saya tak sangka ia boleh jadi besar macam ini. Ibu tahu, tapi dia dah biasa sebab dia tahu kami akan okay juga satu hari nanti.

    Untuk hal keluarga ini, saya tak mahu komen lebih-lebih, biarlah kami selesaikan. Doakan yang baik-baik untuk adik-beradik serta keluarga saya.

    Saya rindu nak berkumpul dengan mereka. Sebelum ini kami ada saja berjumpa tapi tidak bertegur. Kami ada bermain bola sepak bersama-sama cuma biasalah gaduh adik-beradik.

    Terdahulu, pendedahan Sharif di dalam sebuah podcast iaitu tentang kisah hidup Atu yang didakwa hampir terjerumus dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, dipercayai menjadi sebab tercetusnya sengketa di antara mereka.

    The post [VIDEO] Sharif Zero Sedia Jernihkan Hubungan Dengan Atu – ‘Abang Minta Maaf, Harap Kita Kembali Seperti Dulu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah