25.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Anak Terima Kecaman & Ugutan, Pelakon ‘KL Gangster’ Tempelak Netizen – ‘Suka Hati Kau Ja, Aku Hidup Lagi Tau’

    Shopee Sale



    Pelakon yang terkenal menerusi filem KL Gangster iaitu Nor Zalfie Mohamad Nor menemplak seorang netizen yang telah mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap anaknya, Zarriell Rayyan.

    Zalfie beri amaran

    " data-video-id="7473093293081939221">
    @zariell.17 Replying to @? ? original sound – Zarriell Rayyan ??

    Menerusi perkongsian di TikTok, Zalfie memberikan respon terhadap seorang netizen dikatakan yang mahu memukul Zarriell beramai-ramai.

    Bapa dia selalu layan karenah dia.

    Dah besar (nanti) dia tak jaga bapa dia, masa itu kita jack (pukul) ramai-ramai.

    Tidak berdiam diri, Zalfie tampil mempertikai individu tersebut dan menyifatkan anaknya tidak pernah mengganggu kehidupan mana-mana pihak.

    Ujar Zalfie, dia yang telah menjaga Zarriell sejak kecil akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan anaknya itu.

    Eh budak, aku nak pesan siapa yang kutuk anak aku, nak ‘jack’lah, nak tumbuklah, nak bagi sedaslah.

    Aku nak tengok kau bagi dekat anak aku. Aku jaga dia daripada kecil tau.

    Dia tak jentik telur dan tak cakap apa pun pada korang. Yang korang nak cakap macam itu pasal apa?

    Adab mana adab? Mana adab kita sebagai orang Islam?

    Mak ayah korang tak ajar ke? Suka hati ja nak bagi pada anak aku. Aku ini hidup lagi tau.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam komen yang ditinggalkan netizen itu sambil menasihati Zalfie untuk tidak melayan kata-kata negatif tersebut.

    MENARIK:  Muaz Zabir Tak Pernah Tumpang Populariti Bella Astillah – ‘Orang Yang Bercakap Mengenai Kontroversi Kami’

    Sekadar info, Zalfie begitu terkenal dengan watak sampingannya menerusi filem ‘KL Gangster’. Selain filem terbitan Skop Productions itu, Zalfie turut membintangi beberapa filem hebat lain seperti ‘Saya Amat Mencintaimu (SAM)’ dan ‘Munafik’.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah