26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Shaheizy Sam Dedah Syatilla Melvin Rajin ‘Vacuum’ Rumah Tengah Malam – ‘Satu Dua Pagi Bhai, Orang Tidur’

    Shopee Sale



    Pelakon Shaheizy Sam memberitahu isterinya iaitu Syatilla Melvin seorang yang rajin mengemas rumah.

    Suruh angkat kerusi kejap

    Menerusi sebuah video di TikTok, Shaheizy Sam atau lebih mesra disapa sebagai Sam berkata, isterinya seorang yang sangat rajin dan akan memastikan rumah dalam keadaan yang bersih.

    Syatilla sekarang dekat luar. Dia tengah membersihkan dapur. Dia ni rajin mengemas. Contoh macam dah masak ni, sekejap lagi dia akan cuci la dapur. Itu bagus dan saya suka sangat.

    Meskipun memberi pujian terhadap isteri tercinta, pelakon filem ‘Polis Evo’ ini turut meluahkan rasa kurang selesa apabila isterinya suka vacuum rumah tengah malam.

    Satu dua pagi bhai orang tidur. Kadang-kadang pukul satu atau dua dia suruh saya angkatkan kerusi kejap untuk dia nak vacuum. Masa itu kau pilih nak vacuum rumah. Agak-agaklah (sambil tersenyum). Pemilihan waktu dia tu aduh.

    Geng Syatilla

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat pendedahan yang dilakukan oleh Sam. Namun begitu, kebanyakan netizen menyokong Syatilla dan berpendapat bahawa kemas rumah pada waktu malam agak sedikit tenang berbanding waktu pagi mahupun petang.

    MENARIK:  Luqman Podolski Hadir Dengan EP ‘Kau Apa Sebenarnya?’

    Ujar netizen, mereka berasa tenang apabila melihat rumah dalam keadaan bersih selepas bangun daripada tidur.

    Video

    " data-video-id="7420343811156593938" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @nurulshariff29

    ??? #adikberadikthemelvin #kekasihthemelvins #syatillamelvin #lawaktiktok

    ? bunyi asal – Nurul Zafifah – Nurul Zafifah

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah