33.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 10, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Selang 10 Hingga 15 Minit Dia Akan Chat, Ini Dah Teruk’ – Ubai MZ

    Shopee Sale



    Pempengaruh media sosial, Ubai MZ berkongsi momen pertama dia meluahkan rasa cinta terhadap penyanyi, Shila Amzah.

    Selang 10-15 minit dia akan chat

    Menurut Ubai, sewaktu di awal perkenalan dengan Shila Amzah, isterinya itu sering bercerita mengenai lelaki yang cuba mendekatinya. Ujar Ubai, ada pelawak dan penyanyi mahu mengenali Shila pada masa itu.

    Waktu kami berkawan, dia cerita dekat saya mengenai lelaki yang cuba mendekati dia. Ada pelawak dan penyanyi. Dia tanya saya, orang ini okey ataupun tidak. Dia jadikan saya sebagai kawan untuk bercerita. Pada masa itu juga saya main ‘game’. Saya pula tanya dekat dia, sama ada awek ini cantik ataupun tidak. Dia jawab biasa. Selepas itu kami dua-dua diam dalam kereta. Masa itu juga saya sedar dia suka dekat saya.

    Takkan saya nak luah isi hati masa itu. Saya pula dalam otak dah fikir dia kan Shila Amzah. Kami selalu luangkan masa bersama, tapi tak tahu nak luah suka dekat dia macam mana.

    Tambah Ubai, dia teringat ada satu momen di mana dia menghantar Shila Amzah ke lapangan terbang. Pada waktu itu, pelantun suara ‘Patah Seribu’ itu berasa gelisah dan tidak mahu pergi ke Australia.

    Dia ada show dekat Australia dan itu merupakan pertama kali kami berjauhan. Dia cakap tak nak pergi sebab saya tak ada. Dekat Australia, dia telefon dan video call saya tanya buat apa. Saya rasa selang 10-15 minit dia akan chat. Ini dah teruk.

    Saya rasa dia suka saya. Saya cuba menafikan biar betul. Saya kerja biasa sahaja. Lepas itu nak bercinta dengan Shila Amzah. Saya muda lapan tahun. Balik dari Australia, saya ambil dia. Dia beli minyak wangi dekat saya. Saya nampak dia gembira betul.

    Berbicara lebih lanjut, Ubai berkata, dia menggunakan peluang yang ada untuk meluahkan rasa cinta.

    Saya mengaku suka dia. Dia pula marah dan tanya kenapa baru sekarang nak bagitahu. Dia kata saya tak nampak hint yang dia bagi. Kami dua-dua bagitahu perasaan suka sama suka. Selepas dua minggu, saya bagitahu keluarga dan ajak dia kahwin. Dia tanya duit semua dah cukup ke. Saya jawab dah bersedia. Kebetulan ada pendapatan daripada TikTok dan kerja asal masa itu.

    Video

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Apa Citer? (@apaciter.podcast)

    MENARIK:  [VIDEO] Nangis Lama Menunggu Untuk Bergambar Dengan Daisy Duck, Reaksi Fazura Pujuk Fatima Curi Perhatian – ‘Pandai Dia Didik Anak Supaya Bersabar

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah