30.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Sekarang Aku Cinta Diri Sendiri’ – Siti Jamumall Dengan Aiman Tak Kesah Okay Tak Tu?

    Shopee Sale



    Perkongsian terbaharu dibuat pempengaruh sensasi, Siti Jamumall di TikTok telah menyorot perhatian sehinggakan menimbul tanda-tanya dalam kalangan netizen.

    Bagi ‘hint’ kembali solo?

    " data-video-id="7480904592557985025">
    @sitijamumalldah move on. now aku cinta diri aku sendiri je? suara asli – f4dli

    Menerusi perkongsian yang dibuat, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin memuat naik dirinya melakukan konten bercakap di telefon sambil melakukan ‘lip sync’ berlatarbelakangkan lagu Indonesia yang bertajuk ‘Aku Dah Lupa’.

    Apa yang mencuri perhatian ialah, lirik lagu serta konten yang ditulis Siti seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini sudah kembali membujang.

    “Aku dah lupa tarikh lahir, nama kau pun hilang dari hati. Aku ‘move on’, hidup sendiri, tak perlu kau, aku happy”. – Lirik lagu.

    ‘Dah move on, now aku cinta diri aku sendiri ja’. – Siti Jamumall.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa ingin tahu mereka malah ada yang mula perasan bahawa Siti sudah lama tidak memuat naik sebarang konten bersama suaminya yang juga pempengaruh, Aiman Tak Kesah.

    MENARIK:  Seronoknya! Karnival Raya Penuh Warna-Warni Untuk Si Kecil & Keluarga Di Gamuda Cove

    Sekadar info, Siti pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohammad Syafiq pada 2019 namun jodoh mereka tak panjang apabila bercerai tiga tahun lalu.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3 tahun.

    Siti kemudiannya mendirikan rumah tangga bersama Aiman di Satun, Thailand pada Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah