Bila sebut tentang ‘bijak berbajet’, ramai terus terbayang babak ‘ikat perut’, lupakan percutian impian, atau simpan terus hobi kesayangan.
Sebenarnya, tanggapan itu kurang tepat. Berjimat bukan alasan untuk korang untuk berhenti menikmati hidup, tetapi ia seni memaksimalkan nilai setiap ringgit agar lebih banyak pengalaman indah dapat dicipta tanpa perlu risau poket ‘koyak’.
Pendekatan ini dibuktikan sendiri oleh Geng Bijak Berbajet (GBB) yang diketuai Kamal Adli bersama Nabila Razali, Hael Husaini, Siti Saleha, Izzue Islam, Ain Edruce, Zaki Yamani dan Odda. Menerusi Siri Travelog Hotlink Geng Bijak Berbajet di TikTok dan Instagram Hotlink, barisan selebriti ini berkongsi taktik merancang perjalanan dan aktiviti seharian yang fleksibel, bermakna serta kekal mesra poket.
Tak perlu ‘cut’ semua benda, cuma kena tahu trik berbelanja
Bagi GBB, berjimat bukan sekadar pilih yang paling murah, tetapi tahu perkara yang benar-benar berbaloi untuk dibelanjakan.
Contohnya, ketika bercuti atau menjalani rutin harian akses internet sudah menjadi salah satu keperluan utama. kesemua urusan ini memerlukan sambungan internet yang lancar.
Jadi, daripada menganggap pelan mudah alih sebagai satu lagi komitmen bulanan, lebih baik pilih pelan yang menawarkan pelbagai manfaat dalam satu pas.
Pilih Hotlink untuk gaya hidup ‘bijak berbajet’
Antara cara mudah untuk menikmati lebih nilai, korang perlu pilih pelan yang bukan sekadar memenuhi keperluan asas, tetapi turut hadir dengan manfaat tambahan.
1. Hotlink Prepaid: Satu pas, pelbagai kelebihan

Bagi korang yang mahukan fleksibiliti dalam mengurus perbelanjaan, Hotlink Prepaid menawarkan pelbagai keperluan dalam satu pas.
Pengguna boleh menikmati internet 5G tanpa had, kelajuan 5G tanpa had dan panggilan tanpa had, selain manfaat tambahan seperti hiburan dan roaming percuma.
Malah, ada juga peluang untuk mendapatkan ganjaran menerusi Menang Ahad. Jadi, satu pas bukan sekadar untuk kekal connected, tetapi turut membuka ruang untuk menikmati lebih banyak faedah.
2. Hotlink Postpaid: Internet 5G besar & telefon pintar 5G percuma

Bagi korang yang mahukan lebih banyak kemudahan, Hotlink Postpaid pula menawarkan internet 5G yang besar bersama kelajuan 5G tanpa had.
Hotspot berkelajuan tinggi tanpa had dan panggilan tanpa had turut disediakan, selain roaming percuma untuk memudahkan urusan apabila melancong.
Lebih menarik, pengguna juga boleh menikmati telefon pintar 5G percuma apabila menaik taraf pelan, selain ganjaran dalam aplikasi Hotlink seperti Menang Ahad.
Banyak lagi manfaat menanti pengguna

Kalau korang nak tahu, Menang Ahad adalah manfaat tambahan yang boleh dinikmati oleh pengguna Hotlink Prepaid dan Hotlink Postpaid. Setiap Ahad, korang boleh membuat putaran dalam aplikasi Hotlink untuk peluang memenangi pelbagai hadiah seperti baucar, pas internet dan telefon pintar.
Lepas tu, kalau korang jenis yang kerap bercuti ke negara jiran, ada satu lagi manfaat yang boleh buat urusan perjalanan lebih mudah.
Tak kisahlah korang bercuti ke Singapura, Thailand atau Indonesia? Pengguna Hotlink boleh menikmati internet perayauan percuma di tiga negara ini menggunakan kuota internet sedia ada.
Umur 24 tahun & ke bawah? Ada Hotlink Youth Rewards

Bukan itu sahaja, untuk korang yang berumur 24 tahun dan ke bawah, jangan lupa manfaatkan Hotlink Youth Rewards.
Menerusi aplikasi Hotlink, pengguna boleh menikmati penjimatan sehingga RM500 melalui pelbagai baucar dan diskaun yang tersedia. Baucar makanan, hiburan, internet, ‘gaming item’ dan banyak lagi.
Bila ada manfaat tambahan sebegini, lebih mudah untuk korang mengurus perbelanjaan sambil tetap menikmati perkara yang disukai.
Daripada apa yang Geng Bijak Berbajet kongsikan, jelas bahawa mengurus kewangan dengan bijak tidak bermaksud korang perlu mengorbankan keseronokan.
Sebaliknya, ia tentang membuat pilihan yang tepat dan memanfaatkan setiap kelebihan yang tersedia supaya lebih banyak perkara dapat dinikmati tanpa perbelanjaan yang tidak perlu.
Jadi, kalau korang pun nak mula hidup dengan lebih bijak tanpa perlu ‘cut’ pengalaman yang disukai, bolehlah tengok sendiri apa yang ditawarkan oleh Hotlink di Hotlink GBB Fest.

Amanjaya Mall, Kedah — 18–19 September
Pasar Seni, Kuala Lumpur — 30 October–1 November
Angsana Mall, Johor Bahru — 28–29 November
Bermula dari 10 pagi sehingga 10 malam.
Hotlink, pilihan utama Geng Bijak Berbajet.
Untuk maklumat lanjut, follow Hotlink di Instagram dan TikTok Hotlink.
The post Kamal Adli & 7 Selebriti Bongkar Rahsia ‘Bijak Berbajet’ Tanpa Korbankan Gaya Hidup first appeared on OHBULAN!.





