28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Segala Pemberian Daripada Saya Hanya Untuk Nabila, Tiada Niat Suruh Dia Kongsi’ – Cikgu Shaari

    Shopee Sale

    Selepas beberapa hari kecoh tentang isu pemberian wang melibatkan pekerja dan pemilik gerai Mykeria, pempengaruh, Cikgu Shaari tampil menjernihkan suasana dengan menjelaskan perkara yang sebenar.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pekerja Kedai Keria Didakwa Dipecat Majikan Gara-Gara Tidak Mahu Berkongsi Wang Pemberian ‘Cikgu’

    Artikel Berkaitan: Pemilik Kedai Mengaku Bersalah, Dah Bayar Baki Gaji 8 Hari Nabila – ‘Saya Akan Perbaiki Diri’

    ‘Memang bagi Nabila’

    Menerusi klip potongan siaran langsung, Cikgu Shaari yang diminta mengulas isu tersebut berkata dia memang berniat mahu berkongsi rezeki bersama Nabila.

    Menurut Cikgu Shaari, segala bentuk pemberian seperti wang tunai dan sebentuk cincin adalah khusus untuk Nabila sahaja

    Saya buat content dan terjumpa Nabila. Dalam video itu saya bercakap dengan dia.

    Ini adalah kenyataan rasmi daripada saya, segala pemberian daripada saya hanya untuk Nabila dan saya tiada niat suruh dia kongsi dengan sesiapa.

    Dalam pada itu, Cikgu Shaari berkata dia juga sudah menjelaskan perkara itu kepada pemilik gerai Mykeria iaitu Zira.

    MENARIK:  ‘Jangan Ganggu Anak-Anak Saya, Mereka Tidak Bersalah’ – DJ Lin

    Sebelum ini, Nabila didakwa dipecat oleh Zira kerana mementingkan diri dengan tidak berkongsi wang pemberian berjumlah RM300 daripada Cikgu Shaari kepada rakan sekerjanya yang lain.

    Susulan itu, Zira yang menyedari kesilapannya mengaku bersalah dan meminta maaf secara terbuka dan tertutup kepada Nabila.

    Sumber: Threads

    The post [VIDEO] ‘Segala Pemberian Daripada Saya Hanya Untuk Nabila, Tiada Niat Suruh Dia Kongsi’ – Cikgu Shaari first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah