29.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Sebagai Adik Semestinya Saya Mahu Kakak Gembira’ – Neelofa Doa Kebahagiaan Noor Nabila

    Shopee Sale

    Selebriti dan usahawan terkenal Neelofa turut berasa gembira apabila melihat kakaknya, Noor Nabila yang kini sedang dalam fasa bahagia mengenali seorang jejaka.

    Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih AA Masak Asam Pedas Tersedap’ – Noor Nabila

    Artikel Berkaitan: ‘AA Pandai Memasak, Hormat Saya & Sedang Rancang Perniagaan Makanan Jepun Bersama’ – Noor Nabila

    Gembira lihat kakak

    Ketika ditemui , Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd Noor, 36, berharap agar hubungan yang sedang dibina oleh kakaknya itu dapat memberikan kebahagiaan serta menjadi ikatan yang diberkati dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

    Saya sebagai adik semestinya saya nak kakak saya gembira, dan mahukan yang terbaik untuk dia.

    Kita nak perkahwinan, rumah tangga dia diberkati, berkekalan dan yang baik-baik sahaja.

    Neelofa berkata demikian ketika ditemui pada malam final program Mualim Muda yang berlangsung di Seri Kembangan pada Jumaat.

    Dalam masa sama, ibu kepada dua orang anak itu berdoa supaya hubungan tersebut dapat membawa kebaikan kepada kakaknya.

    Saya pun tak tahu dia sudah kongsikan tentang perkara ini. Kita sama-sama doakanlah sebab dia pun sudah lalui macam-macam perkara.

    Dan semoga apa-apa yang sudah dia pelajari, boleh digunakan dalam perhubungannya kali ini. Semoga doa-doa kalian semua membawa kebaikan.

    Sebelum ini, Nabila mengejutkan rata-rata warganet dengan hantarannya bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Mr AA di Instagram Story.

    MENARIK:  Rakan Mendesak Aliff Aziz Menjadi Lelaki Sejati, Meminta Penyelesaian Masalah Rumah Tangga - 'Merasakan Kesilapan Menimpa Umi & Keluarga'

    Nabila mengakui hatinya terpaut pada Mr AA bukan sahaja kerana kehandalannya memasak, malah beberapa ciri lain yang membuatkan jejaka itu istimewa di matanya.

    Untuk info, Nabila pernah mendirikan rumah tangga kali pertama pada Julai 2013, namun berakhir dengan perceraian selepas setahun.

    Nabila kemudian berkahwin dengan dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia 8 tahun.

    Kemudian, Nabila mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 26 September 2023 dan perkahwinan mereka turut menemui jalan perpisahan.

    The post [VIDEO] ‘Sebagai Adik Semestinya Saya Mahu Kakak Gembira’ – Neelofa Doa Kebahagiaan Noor Nabila first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah