25.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, August 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Hadi bebas kritik DAP, tapi tak boleh fitnah, hasut’

    Shopee Sale

    DAP yang sekian lama menggambarkan ia sebagai parti yang memperjuangkan kebebasan bersuara dan berekspresi, sering berhujah bahawa ahli politik dan orang ramai harus bebas mengkritik pihak yang memegang kuasa.

    Bagaimanapun, dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang diambil keterangan oleh polis susulan tulisannya yang mengandungi beberapa tuduhan terhadap DAP, timbul persoalan bagi parti itu: di mana garis sempadan kebebasan itu apabila ia digunakan untuk mengkriti DAP?

    Malaysiakini menghubungi beberapa pemimpin parti itu bagi mendapatkan pandangan mereka tentang siasatan polis terhadap Hadi, yang juga Ahli Parlimen Marang.

    Menurut Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Young Syefura Othman, parti itu konsisten dalam mempertahankan hak untuk bersuara sebagai tonggak demokrasi.

    Namun, Ahli Parlimen Bentong itu menekankan bahawa kebebasan bersuara bukanlah lesen bagi sesiapa sahaja untuk membuat kenyataan yang menghasut, atau menyentuh 3R (agama, bangsa dan raja) dengan cara yang boleh mengganggu keharmonian awam.

    "Sesiapa sahaja berhak membuat laporan jika menganggap sesuatu penulisan itu melanggar undang-undang, dan pihak berkuasa berkewajipan untuk menyiasat secara profesional serta bebas.

    "Sebarang perbezaan pandangan atau kritikan politik sepatutnya disuarakan melalui wacana yang matang, berfakta, dan membina, bukannya menerusi naratif yang boleh memecahbelahkan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia," katanya.

    Lim Lip Eng

    Menyuarakan sentimen yang sama, Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata Hadi bebas mengkritik DAP tetapi itu tidak bermakna dia boleh menggunakan kebebasan itu untuk membuat dakwaan yang tidak berasas terhadap parti itu.

    Lim merujuk kepada salah satu tulisan Hadi dalam siri 'Minda Presiden PAS', yang menuduh DAP mahu menyingkirkan orang Melayu dan Islam.

    "Menuduh DAP mahu menghapuskan Melayu dan Islam bukan kritikan biasa.

    MENARIK:  Kes anak Rafizi diserang: Polis temukan beberapa petunjuk positif

    "Tuduhan itu bercanggah dengan pendirian rasmi DAP yang mempertahankan kedudukan Islam, institusi Raja-Raja, bahasa Melayu serta kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan," kata Lim.

    Lim berkata terdapat 28 laporan polis yang dibuat terhadap Hadi pada 2022 selepas dia mengaitkan bukan Islam dan bukan Bumiputera dengan masalah rasuah di Malaysia.

    Walau bagaimanapun, sehingga kini, tiada pendakwaan terhadap presiden PAS itu, kata Lim, sambil membangkitkan persoalan mengenai kelewatan itu.

    "Hadi berhak mendapat proses perundangan yang adil, tetapi beliau tidak berhak mendapat kekebalan.

    "Undang-undang mesti sama untuk presiden PAS, pemimpin DAP dan rakyat biasa," tambah Lim.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, melahirkan rasa kesalnya atas tuduhan Hadi terhadap DAP.

    Dia mengimbau kembali zaman Hadi menyokong DAP dan berkempen untuk calon parti itu, Dyana Sofia Mohd Daud semasa pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan pada tahun 2014.

    "Sekarang pula tiba-tiba menyerang DAP dan melemparkan pelbagai tomahan dan tuduhan terhadap DAP yang bersifat sangat rasis, sangat merbahaya dan boleh mengundang ketegangan kaum, malah rusuhan kaum dan agama di negara kita.

    "Kebebasan bersuara bukan merupakan alasan untuk menyebarkan fitnah dan kebencian kaum.

    "Bolehkah Hadi buktikan tuduhan beliau bahawa DAP mahu hapuskan Islam dan Melayu?" kata Rayer.

    Dilaporkan bahawa polis telah merakam kenyataan Hadi baru-baru ini mengenai tulisannya mengenai DAP.

    Apabila dihubungi oleh Malaysiakini, setiuasaha politik Hadi, Syahir Sulaiman, berkata Hadi telah memberikan kenyataannya kepada polis di Kuala Lumpur berhubung tulisan yang "menyinggung DAP".

    Syahir tidak menyatakan menyatakan artikel yang membawa kepada soal siasat polis terhadap Hadi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah