32.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tidak Terdesak Untuk Berkahwin’ – Daiyan Trisha

    Shopee Sale



    Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha mendedahkan tidak terdesak dalam mencari pasangan hidup buat masa sekarang.

    Menunggu orang yang tepat

    " data-video-id="7434113975966534919">
    @flyfm The way @daiyantrisha is owning her narrative like a queen is truly something that so many Malaysian girls can relate to! This singer/actress has just released her new song ‘Lovelorn,’ so listen to us at 95.8, flyfm.audio, or Audio+ now to hear Daiyan’s interview ? #theryanshow ? suara asli sations – Flyon

    Menerusi sesi temu bual di stesen radio Fly FM, Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menceritakan tentang album keduanya iaitu Lovelorn.

    Difahamkan, album ini disifatkan projek peribadinya yang mencerminkan tema kesedihan dan cinta yang tidak terbalas.

    Daiyan, 30, berkongsi dia hanya menunggu seseorang yang tepat buat dirinya.

    Saya tidak terdesak untuk mengahwini sesiapa buat masa sekarang. Dan saya ingin orang di luar sana tahu yang saya okay.

    Saya suka berada dalam fasa bercinta, cuma saya hanya menunggu seseorang yang tepat untuk jadikannya realiti.

    Tambah pelantun lagu ‘Penat’ itu, dia sering diasak dengan soal jodoh ketika di majlis-majlis yang dihadirinya.

    Soalan ‘bila nak kahwin’ tu sangat famous. Terutama bila saya datang events.

    Kadang-kadang saya terfikir, salah ke kalau saya tak rasa nak ada seseorang yang istimewa buat masa sekarang ni?.

    Berikutan dengan itu, Daiyan menceritakan motif album Lovelorn ini iaitu untuk menyebarkan mesej kepada wanita diluar sana supaya tidak terlalu memikirkan soal jodoh.

    MENARIK:  Emina Teruskan Kejayaan Dengan Lip Tint Glossy Stain Terbaru, Catatkan Rekod Masuk Malaysian Book of Records!

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah