29.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Tak Suka Baca Komen Tapi Bila Yang Ditulis Itu Melampau, Takkan Saya Nak Berdiam Diri?’ – Sherry Ibrahim

    Shopee Sale



    Pelakon Sherry Ibrahim, kesal dengan segelintir warganet yang sewenang-wenangnya meninggalkan komen jelek di media sosial miliknya.

    Timbul fitnah & pergaduhan

    Ketika ditemui , Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim berkata, dia tidak mampu untuk mengawal pandangan atau kata-kata orang, meskipun hakikatnya mereka tidak mengenali dirinya yang sebenar.

    Kita tak boleh nak kawal tanggapan orang terhadap kita, tetapi tiada siapa pun yang mengenali saya yang sebenar.

    Saya juga tiada kuasa untuk membuatkan mereka berhenti bercakap tentang saya. Berdiam dan sabar itu memang bagus tetapi kita akan ditindas dan dipijak.

    Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang didakwa sengaja meninggalkan komen provokasi dan berbaur fitnah.

    Apa sahaja yang berlaku sebelum ini yang tidak dikongsikan, ia adalah masa lalu dan sejarah buat saya. Mereka tidak tahu dan hanya menganggap apa yang mereka rasakan.

    Saya tidak boleh menghalang mereka namun kadang-kala ada yang melampaui batas sehingga menjadikan ianya sebuah topik yang menimbulkan fitnah dan pergaduhan. Walhal, niat saya bukanlah begitu.

    Mungkin itu adalah pahala percuma untuk saya, jadi saya terima sahaja.

    Sherry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Gadis Masa yang berlangsung di Aloft Kuala Lumpur, pada Selasa.

    MENARIK:  Selalu Minta Mak Ayah RM1.50 Punca Kanak-Kanak 7 Tahun Dic*cuh Puntung Rokok Sampai M*ti

    Tindakan undang-undang

    Bercerita lanjut, aktres berusia 41 tahun itu berkata, individu yang meninggalkan komen melampau sebelum ini tidak memohon maaf kepadanya.

    Justeru, Sherry memilih untuk mempertahankan dirinya dari dakwaan negatif.

    Saya sebenarnya tak suka untuk baca (komen) tetapi bila melihat komen yang ditinggalkan itu sangat melampau, takkan saya nak berdiam diri?

    Sebagai seorang manusia, saya ada hak untuk menyuarakannya. Saya perlu beri mereka amaran kerana kesihatan mental saya juga penting.

    Dalam pada itu, Sherry berkata dia sebolehnya tidak mahu mengheret warganet menggunakan kuasa undang-undang namun tindakan bakal diambil jika perlu.

    Ada peguam yang datang kepada saya dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan perlu ada batasnya.

    Kalau perlu barulah saya akan mengambil tindakan seterusnya sebab saya pun benci dengan drama, cukuplah hanya di dalam industri.

    Terdahulu, Sherry menyelar tindakan seorang individu yang menulis komen dengan mendakwa dirinya masih belum ‘move on’ dari kehidupan lalu.

    Sherry mendakwa komen tersebut disifatkan sebagai fitnah dengan sengaja menyebarkan kebencian terhadap dirinya.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah