28.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 14, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan

    Shopee Sale

    Pelakon terkenal, Datin Lisa Surihani memaklumkan bahawa dia bakal berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji bersama suami, Datuk Yusry Abdul Halim.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusry Alami Mimpi Misteri, Yakin Petunjuk Lisa Surihani Layak Dijadikan Isteri – ‘Dari Situ Saya Tahu Dia Orangnya’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mata Lisa Surihani Tak Lekang Tengok Yusry, Netizen Sakan Mengusik – ‘Bila Dapat Kahwin Dengan Crush Sendiri’

    Lisa bakal tunai haji

    View this post on Instagram

    A post shared by Lisa Surihani Mohamed (@lisasurihani)

    Lisa atau nama lengkapnya Lisa Surihani Mohamed, 40, memaklumkan mengenai perkara tersebut menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.

    Dengan rendah hati, insyaAllah saya bakal berangkat untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang ke-5, perjalanan yang amat bermakna, sementara mengharap dan mendoakan moga dapat dilaksanakan jihad ini sebaik-baiknya.

    Dalam pada itu, Lisa turut memohon maaf di atas segala kekhilafan dan kesalahan kepada semua individu yang mengenalinya.

    Sebelum melangkah pergi, saya dengan tulus ikhlas menyusun sepuluh jari memohon kemaafan, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.

    Di atas segala kesilapan, tutur kata, atau perbuatan yang mungkin pernah mengguris hati, sama ada sengaja mahupun tidak.

    Selain itu, pelakon filem Sekali Lagi tersebut turut menzahirkan penghargaan kepada setiap individu yang membantunya menyediakan persiapan sebelum berlepas ke Tanah Suci.

    Hati saya juga diselubungi rasa syukur yang tidak terhingga buat insan-insan mulia yang sangat pemurah memberi pelbagai kelengkapan dan buah tangan bagi memudahkan urusan ibadah saya di sana.

    My family and family like friends, you know who you are. Love you all Lillahi ta’ala. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda dengan ganjaran yang melimpah-ruah.

    Dalam menyahut panggilan suci ini, saya menyerahkan keluarga tersayang sepenuhnya di bawah jagaan dan perlindungan Allah SWT, sebaik-baik Penjaga.

    Sumber: Instagram

    MENARIK:  Budak 12 Tahun Dirogol Bapa & Abang Tiri

    The post [VIDEO] ‘Saya Susun 10 Jari Memohon Maaf’ – Lisa Surihani Bakal Tunai Haji, Doa Urusan Ibadah Dipermudahkan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah