31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, June 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Pilih Stoking Putih, Orang Dah Tak Tanya Lagi Kerana Semuanya Jelas’ – Elly Mazlein

    Shopee Sale

    Keputusan personaliti televisyen terkenal, Elly Mazlein, untuk sentiasa memakai stoking berwarna putih bukan sekadar gaya semata-mata, tetapi dibuat dengan penuh pertimbangan untuk mengekalkan aurat dan mengelakkan sebarang salah faham.

    Artikel Berkaitan: Elly Mazlein Tak Gelap Mata, Tolak Tawaran RM500,000 Buka Tudung – ‘Saya Percaya Akan Ada Rezeki’

    MENARIK:  Hattan & Jamal Abdillah Bergabung Jayakan Majlis Makan Malam Amal ‘Night Of Love & Compassion’

    Artikel Berkaitan: Elly Mazlein Terharu Gaya Tudung Tutup Dada Dipuji Asma Harun – ‘Saya Berazam Jadi Muslimah Yang Baik’

    Elak fitnah

    " data-video-id="7611779030274133264" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @ustazazli

    Ingat stoking bola tadi, rupanya stoking penyelamat fitnah! 😆 Jom ambil pengajaran dari Kak Lina Pom Pom. Aurat terjaga, hati pun tenang. ❤ @Kakak Lina Pom Poms #TikTokDakwah #KakLina #MaahadArRaudhah #StokingPutih #Aurat

    ♬ original sound – UST AZLI – UST AZLI

    Perkara ini dikongsi sendiri oleh Elly dalam perbualannya bersama Pengetua Maahad Ar-Raudhah (MARDHAH), Ustaz Mohd Azli Abdullah, menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok.

    Dalam sesi perbualan tersebut, Elly turut berkongsi cabaran mengekalkan aurat sebagai seorang pempengaruh yang aktif menghasilkan pelbagai kandungan, termasuk aktiviti santai yang kadangkala memerlukan pergerakan seperti berlari.

    Menurut Elly, memakai stoking putih adalah cara paling jelas untuk mengelak fitnah atau salah tanggapan, terutamanya apabila pergerakan dalam video berpotensi menonjolkan betis walaupun aurat sudah ditutup.

    Kita nak mengelakkan fitnah.

    Saya sejenis manusia yang lain daripada yang lain.

    Kalau saya buat konten dan berlari santai, sampai boleh nampak betis.

    Kalau saya pakai stoking warna kulit, ia akan menimbulkan fitnah, dan penat saya hendak menjelaskan bahawa saya sebenarnya memakai stoking.

    Jadi, bila saya pilih stoking putih, orang sudah tidak bertanya apa-apa lagi kerana semuanya sudah jelas.

    Sokongan suami

    Selain daripada isu aurat, video itu juga memaparkan momen peribadi yang menyentuh hati apabila Elly berkongsi tentang sokongan moral yang diterimanya daripada suami sejak mula berhijab, yang digambarkan sebagai dorongan paling ‘senyap’ tetapi memberi impak besar.

    Ustaz, tanpa kata-kata, kita mendapat kucupan yang hangat di dahi.

    Tidak cakap banyak, tahu-tahu dah kena cium di dahi.

    Suami saya bagi sokongan yang sangat manis.

    Mengakhiri sesi perbualan, Ustaz Azli turut menasihati orang ramai untuk mengambil iktibar daripada kesungguhan Elly dalam menjaga aurat, sambil menekankan bahawa ketenangan hati datang apabila batas diri dipelihara.

    Jom kita ambil pengajaran dari Kak Lina Pom Pom.

    Aurat terjaga, hati pun tenang.

    Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada warganet yang rata-rata menyokong langkah Elly dan mendoakan agar perjalanan penghijrahannya dipermudahkan.

    Sebelum ini, penampilan Elly berhijab ketika mengacarakan pentas akhir Kilauan Emas 2025 pada Oktober lalu menarik perhatian ramai.

    Sumber: TikTok Ustaz Azli

    The post [VIDEO] ‘Saya Pilih Stoking Putih, Orang Dah Tak Tanya Lagi Kerana Semuanya Jelas’ – Elly Mazlein first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah