32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Melamar Bella Di Atas Gunung Kinabalu Ketika Hujan Lebat’ – Syed Saddiq

    Shopee Sale

    Teka-teki mengenai hubungan penyanyi, Bella Astillah dan Syed Saddiq terjawab apabila Ahli Parlimen Muar itu mengesahkan bakal mengikat tali pertunangan pada Sabtu.

    Artikel Berkaitan: ‘Bella & Syed Saddiq Bertunang Dulu, Barulah Nikah Dalam Tempoh Beberapa Bulan Lagi’

    Artikel Berkaitan: ‘Tanya Pasal Raya Ke Hari Bahagia?’ – Mira Filzah Usik Hantaran Foto Hitam Putih Bella Astillah & Syed Saddiq

    Syed Saddiq lamar Bella

    View this post on Instagram

    A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

    Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, berkongsi momen ketika dia melamar bakal suri hatinya itu.

    I asked, she said yes.

    Proposal di atas Gunung Kinabalu masa hujan lebat

    Berkongsi lanjut, Syed Saddiq mengakui tidak menyangka bahawa kerjasamanya dengan pemilik nama Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, akhirnya membawa mereka ke fasa yang lebih serius.

    Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan.

    Bermula dengan kerjasama biasa yang akhirnya meraih lebih RM6 juta untuk rakyat, tanpa sedar turut menyatukan dua hati.

    Allah SWT sebaik-baik perancang.

    Dalam pada itu, Syed Saddiq berharap agar orang ramai terus mendoakan yang terbaik buat mereka selain berharap agar majlis pertunangan yang bakal berlangsung hari ini dipermudahkan.

    MENARIK:  12 Kategori Dipertaruhkan Di TikTok Awards Malaysia 2024, Siapakah Bakal Merangkul Gelaran Creator Of The Year?

    Sebelum ini media melaporkan pasangan itu bakal mengadakan majlis pertunangan pada petang Sabtu di Lembah Klang manakala majlis perkahwinan didakwa berlangsung beberapa bulan lagi.

    Sumber: Instagram Syed Saddiq

    The post [VIDEO] ‘Saya Melamar Bella Di Atas Gunung Kinabalu Ketika Hujan Lebat’ – Syed Saddiq first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah