29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 31, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Saya Harap Shila Amzah & Amy Search Berbaik, Tak Panjangkan Cerita’ – Awie

    Shopee Sale

    Penyanyi, Datuk Awie berharap kemelut yang melanda antara Shila Amzah dengan lagenda rock terkenal, Datuk Amy Search menemukan jalan penamat dan diselesaikan secara baik.

    Artikel Berkaitan: Awie Seru Amy Search Cerita Hal Sebenar, Enggan Terpalit Isu ‘Serang’ – ‘Penat Aku Menjawab Hal Kau’

    Artikel Berkaitan: Shila Amzah Minta Maaf Kepada Jaclyn, Ella & Awie, Tak Sempat Borak Lama Selepas Konsert

    Harap berbaik

    Ketika ditemui , pemilik nama Ahmad Azhar Othman, 56, menasihatkan agar kedua-dua belah pihak tidak lagi memanjangkan konflik.

    Saya pun berharap sangat supaya Shila dan Amy itu berbaik dan tidak akan memanjangkan cerita ini.

    Sebab saya tahu Amy orangnya jenis bercakap lembut dan Shila dan tentulah dia pula wanita.

    Kita pun tahu ada pasang surutnya kehidupan kan. Jadi, harap-harap mereka kekal baik.

    Kita rakan satu industri seni ini, pusing kanan pusing kiri akan jumpa juga akhirnya.

    Jangan gaduh-gaduh, jangan keruhkan lagi suasana yang tengah teruk di mana kita boleh lihat artis dan industri mudah dihina oleh netizen.

    Awie berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media The Chosen One Xtra X Jutawan Ekpress di Astro, pada Selasa.

    Mengulas lanjut, Awie turut berasa tertekan apabila namanya dikaitkan dengan kemelut kedua-dua penyanyi itu.

    Saya minta maaf kerana saya pun stres. Saya pun terpaksa kena nak bersihkan nama saya.

    Saya cuma berdoa semoga orang boleh ingat kebaikan saya, asyik ingat buat jahat sahaja.

    Saya pun ada buat kebaikan untuk pengetahuan semua.

    Ada berhubung

    Ketika ditanya sama ada dia ada cuba untuk menghubungi Amy, penyanyi lagu Sejati berkata penyanyi lagenda itu sudah pun memohon maaf kepadanya.

    MENARIK:  ‘Gantung Saya Kalau Anda Mahu’ – Suspek Kes Bunuh Dr. Moumita Cabar Polis?

    Dalam pada itu, Awie juga berkata dia sentiasa memberi sokongan kepada rakan seindustrinya itu.

    Dia ada minta maaf. Saya cakap kalau perlukan apa-apa bantuan, beritahu. Saya akan cuba bantu mana yang boleh.

    Pada 10 Julai lalu, Shila berkongsi kejadian diserang seorang penyanyi legenda dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

    Susulan itu, netizen membuat spekulasi mengaitkan tiga nama penyanyi legenda termasuk Awie, Amy Search dan Ella kerana artis tersebut turut terlibat dalam acara tersebut.

    Pun begitu, Shila kemudiannya mengesahkan bahawa individu yang mengherdiknya ketika sesi latihan untuk sebuah konsert itu ialah Amy.

    Polis juga sudah mengambil keterangan daripada Amy selepas menerima laporan daripada Shila.

    Hasil siasatan mendapati tindakan Amy itu adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap penyanyi berkenaan yang didakwa mencampur urusan keluarganya.

    The post [VIDEO] ‘Saya Harap Shila Amzah & Amy Search Berbaik, Tak Panjangkan Cerita’ – Awie first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah