25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kim Seri Sifatkan Bakal Suami Sebagai ‘Penyelamat’ – ‘Amin Beri Modal Untuk Mulakan Bisnes Supaya Saya Dapat Bayar Hutang’

    Shopee Sale



    Kim Seri

    Pempengaruh media sosial yang kini bermaustatin di Korea Selatan, Kim Seri mendedahkan detik percintaan dengan bakal suami, Choi Amin bermula sebagai rakan bisnes.

    Awalnya rakan bisnes

    Kim Seri

    Kim Seri berkata, lelaki tersebut pada awalnya memberikan modal untuk dia memulakan perniagaan kecil bagi mengumpul wang untuk melunaskan segala hutang berhubung kes penipuan pakej pelancongan yang membabitkan dirinya.

    Orang tanya kepada saya kahwin dengan Amin di saat saya banyak hutang? Kenapa saya tak bayar dulu hutang?

    Saya belum ada pendapatan untuk bayar hutang dan saya akan mulakan perniagaan kecil-kecilan dengan Amin.

    Amin berikan saya modal untuk mulakan bisnes supaya saya dapat bayar semula hutang.

    Amin ke hulu ke hilir bersama saya ambil barang, hantar banrang, buat pelan bisnes dan lain-lain.

    Kim Seri berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story.

    ‘Allah hantar Amin’

    Kim Seri

    Bermula dari sekadar rakan bisnes, Kim Seri mendedahkan, dia kemudian dilamar oleh bakal suaminya untuk mendirikan rumah tangga supaya mereka lebih mudah menguruskan perniagaan.

    Saya pernah cakap dekat Amin tak manis kita selalu berdua ke sana ke sini walaupun selalu bincang di cafe.

    Jadi Amin cakap ‘jomlah kahwin’ senang nak uruskan segala hal dan saya pun cakap setuju.

    Saya cakap tiada duit nak kahwin, dia cakap tak apa. Buat majlis seadanya, ringkas dan mana yang perlu sahaja. Terima kasih Allah hantarkan Amin pada waktu yang tepat.

    Sebelum ini, Kim Seri membuat permohonan maaf susulan dakwaan dirinya menipu pelanggan yang menggunakan khidmatnya untuk pakej pelancongan yang membabitkan jumlah sebanyak RM400,000.

    MENARIK:  ‘Tak Nak Ulas Banyak Sebab Kita Profesional, Sekali Cakap Lepas Itu Kita Diam’ – Elly Mazlein

    Dia berharap orang ramai memahami keadaan yang dihadapinya ketika ini dan memaklumkan bahawa dirinya sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan jumlah hutang yang tertunggak.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah