
Pelakon Emma Maembong akhirnya tampil bersuara mengenai hubungannya dengan seorang deejay yang dikenali sebagai DJ Kidd.
Belum berkahwin

Ketika ditemui , Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail, 33, menafikan dakwaan sudah berkahwin dengan DJ Kidd.
Sebaliknya, menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan.
Ya saya memang berkenalan dengan dia, kami cuma berkawan dan tidak pernah bercinta.
Saya kenal dia ketika dia menjadi pembantu peribadi kepada kenalan saya di set penggambaran, saya bukan kenal dia sebagai deejay.
Dalam pada itu, Emma memberitahu dia memberi penjelasan tersebut susulan ramai yang keliru dengan statusnya dan mendakwa dia sudah kembali bergelar isteri.
Lagi saya diam dan lari, ada pula yang ingat saya dah kahwin… Sebenarnya saya belum berkahwin, belum bersuami dan masih solo. Jadi saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja.
Bila saya tahu fasal gosip saya dah berumah tangga ni pun mulanya saya tak nak layan sampai isu ni hilang sendiri, rupanya gosip tu masih datang sehingga ada yang ingat saya isteri orang.
Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sesi fotografi dan majlis berbuka puasa Star Powerhouse di Hotel St Giles Boulevard, Kuala Lumpur pada petang Jumaat.
‘Kidd bukan punca’

Sementara itu, Emma turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mendakwa Kidd adalah punca dia bercerai dengan bekas suami iaitu Muhammad Shazli Azhar, tahun lalu.
Tidak, tiada siapa punca saya bercerai.
Bagi saya buku yang sudah ditutup kenapa nak kena buka balik?
Saya selalu kata apa-apa yang jahat salahkan sahaja saya dan bukan orang di sekeliling saya.
Sebelum ini, timbul khabar angin mengatakan Emma sudah berkahwin dengan DJ Kidd.
Gosip itu berlaku susulan Kidd memuat naik foto mesra bersama aktres itu ketika mereka bercuti di luar negara dengan menulis kapsyen ‘I will the best husband for you’.
Pada Oktober tahun lalu, Emma mendedahkan dia dan suami iaitu Muhammad Shazli Azhar sudah pun bercerai secara baik.
Untuk rekod, Emma mendirikan rumah tangga dengan Shazli pada 20 Februari 2020.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 5, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia dua tahun.





