Usahawan dan personaliti media sosial, Sasha Abdul Aziz mendakwa pembantu rumahnya telah bertindak melampaui batas dengan memukul anaknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Geram Pembantu Rumah Didakwa Pemalas – ‘Umur 45 Tahun Sudah Tak Perlu Beritahu, Common Sense Sendiri’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Pakai Tudung Dari Hati, Bukan Sebab Trend Atau Orang Suruh’ – Sasha Abdul Aziz
Anak dipukul?

Menerusi perkongsian di Threads, Sasha mendedahkan bahawa anak sulungnya, Isabella mendakwa dia telah ditampar oleh pembantu rumah tersebut ketika waktu makan malam.
Menurut dakwaan kanak-kanak itu, dia telah ditampar oleh pembantu rumah berkenaan hanya kerana malas untuk makan.
Dia pukul ketika waktu makan malam, sebab saya malas nak makan. Jadi dia tampar muka saya dengan kuat.
Pembantu dipecat
View this post on Instagram
Sementara itu di Instagram, Sasha turut berkongsi sebuah video yang memaparkan Isabella menceritakan semula bagaimana dia ditampar oleh wanita tersebut.
Sentiasa percaya pada naluri sebagai ibu.
Isabella berusia 6 tahun. Sama seperti apa yang dia ceritakan semalam, ini adalah bagaimana pembantu rumah saya tampar muka Isabella.
Awak rasa budak umur 6 tahun menipu? Saya tak rasa begitu.
Patutlah saya tak pernah sedap hati bila nak pergi kerja.
Berang dengan tindakan keterlaluan itu, ibu kepada tiga orang anak tersebut kemudian mengambil keputusan untuk memecat pembantu rumah berkenaan.
Sumber: Threads & Instagram
The post [VIDEO] Sasha Abdul Aziz Berang, Anak Dakwa Ditampar Pembantu Rumah – ‘Patutlah Tak Sedap Hati Bila Nak Pergi Kerja’ first appeared on OHBULAN!.





