25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, July 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Sampai Hari Ini Orang Panggil Saya Mat Rempit, Tapi Sebenarnya Saya Takut Bawa Motor’ – Shaheizy Sam

    Shopee Sale

    Pelakon Shaheizy Sam menjelaskan bahawa walaupun terkenal dengan watak sebagai ‘Mat Rempit’ seperti dalam filem Adnan Sempit, filem Bohsia, dan filem Mat Moto, dia sebenarnya takut untuk menunggang motosikal.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Abang Ipar Yang Sempurna, Sangat Lembut Dengan Keluarga & Anak-Anak’ – Shaheizy Sam

    MENARIK:  Zara Zya Kongsi Kisah Lucu, Makan Asam Thai ‘Expired’ Dengan Artis & Kru Di Set Penggambaran

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syatilla Melvin Kongsi Detik Manis Perkenalan Dengan Shaheizy Sam – ‘Mula Tersempak Masa Dewi Remaja’

    Dilakonkan oleh orang lain

    " data-video-id="7621118266638945557" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @havocevents

    Hebat betul @Shaheizy Sam takut bawak motor tapi watak adnan sempit tu betul nampak dia macam mat rempit sejati 🫡 Untuk FULL EPISODE eksklusif, korang boleh tengok di YT : HAVOC_MY 📅 28 MARCH 2026 ⏰ 9:00 MALAM Set reminder siap-siap 🔥 #selangorhavocrayafest #selangorhavocrayafest2026 #borakkacip #borakkacipedisiraya #havocfoodfestival

    ♬ original sound – HAVOC MY – HAVOC MY

    Menerusi satu video temubual di TikTok, pemilik nama Shaheizy Sam Abdul Samad berkongsi bahawa terdapat satu babak menunggang motosikal dalam sesebuah filem itu dilakonkan oleh orang lain kerana dia tidak berani.

    Sejujurnya, melalui lakonan saya dalam filem Adnan Sempit, filem Bohsia dan filem Mat Motor, ramai yang gelar saya sebagai seorang ‘mat rempit’.

    Sampai ke hari ini, orang panggil saya ‘mat rempit’.

    Tapi saya sebenarnya takut bawa motosikal.

    Ada dalam salah satu babak aksi motosikal terpacak ke hadapan, babak tersebut sebenarnya dilakonkan oleh orang lain kerana saya sendiri tidak berani bawa motosikal.

    Banyak memikirkan perkara buruk

    Katanya lagi, jika mempunyai motosikal di rumah, dia hanya akan menunggangnya di kawasan taman perumahan kerana memikirkan kemungkinan kejadian buruk.

    Kalau saya ada motosikal di rumah, saya hanya berani menunggangnya di dalam kawasan taman perumahan sahaja.

    Sebab dalam fikiran saya sering terlintas pelbagai kemungkinan, seperti bagaimana jika tayar tiba-tiba tercabut, atau bahagian belakang motosikal saya tidak disedari oleh orang lain dan dilanggar.

    Dalam pada itu, Sam berpendapat motosikal tidak dilindungi seperti kereta yang dibalut besi, justeru sebarang kemalangan biasanya menimpa penunggang terlebih dahulu.

    Bagi saya, motosikal ini ibarat kita yang ‘membalut’ motosikal itu.

    Berbeza dengan kereta yang dilindungi oleh rangka besi.

    Jadi, apa sahaja yang berlaku ketika menunggang motosikal, kita yang akan tercedera dahulu sebelum motosikal itu.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] ‘Sampai Hari Ini Orang Panggil Saya Mat Rempit, Tapi Sebenarnya Saya Takut Bawa Motor’ – Shaheizy Sam first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah