Penyanyi, Sufi Rashid memaklumkan sudah mengetahui lebih awal tentang berita perkahwinan salah seorang anggota kumpulan Dolla, Sabronzo dan Ryan Fieret.
Artikel Berkaitan: Tabby & Angel Kongsi Momen Sabronzo Jadi Isteri, Netizen Puji Hormati ‘Tuan Badan’
Artikel Berkaitan: Foto Mesra Sabronzo & Dash Berlin Di Pinkfish Tahun 2023 ‘Diserang’ Warganet
Gembira

Ketika ditemui Ohbulan, pemilik nama Muhammad Sufi Rashid, 34, meluahkan rasa gembira apabila mengetahui Sabronzo menamatkan zaman bujangnya.
Saya tahu mereka akan berkahwin dan secara peribadi, saya tahu Sabronzo dan Dash sudah berkawan sejak 2023.
Ryan seorang lelaki yang baik, seorang yang pendiam dan siapa yang tahu saja tahu.
Bila label Sabronzo iaitu Universal Music beritahu mereka akan berkahwin, saya sangat gembira untuk mereka.
Eloklah mereka berkahwin daripada bercinta pada jangka masa panjang.
Sufi berkata demikian ketika ditemui pada sidang media khas Konsert Di Sebalik Aku Hafiz Suip di sebuah hotel pada Selasa.
Ramai kecam

Mengulas lanjut, Sufi berkata dia sudah menjangkakan topik Sabronzo berkahwin akan menjadi bualan hangat susulan Dolla sering mendapat perhatian atas tindakan yang mereka buat.
Malah kata Sufi, perkara itu menjadi lebih teruk apabila netizen mula melemparkan tohmahan yang tidak berasas kepada Sabronzo.
Bila mereka berkahwin saya sudah jangka peminat akan buat bermacam spekulasi. Sedangkan Dolla pun orang cakap yang bukan-bukan.
Bagi saya, apa yang terbaik adalah mendoakan dan beri sokongan kepada mereka. Kalau tiada sokongan macam mana industri muzik kita nak maju?
Saya kasihan pada dia sebab ramai orang kecam tapi bila Sabronzo muat naik gambar nikah, mereka tidak rasa ke dah buat fitnah yang besar? Sabronzo tidak buat salah, dia hanya berkahwin.
Terdahulu, Sabronzo atau nama sebenarnya Shabrina Shafii mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Ryan dalam satu majlis pernikahan sederhana di Bali, Indonesia pada Isnin lalu.
The post [VIDEO] ‘Sabronzo Tidak Buat Salah, Dia Hanya Berkahwin’ – Sufi Rashid first appeared on OHBULAN!.





