Pelakon Ruhainies, memaklumkan bahawa dia mempunyai sebab tersendiri apabila mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah.
Artikel Berkaitan: Ruhainies Nekad Ambil Tindakan Undang-Undang, Enggan Mengalah Demi Keadilan
Tindakan Ruhainies

Ketika ditemui , Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, menafikan dakwaan bahawa dia sengaja membangkitkan isu fitnah yang tercetus.
Sebaliknya, Ruhainies berkata, dia perlu mengambil tindakan tanpa perlu menunggu lebih lama.
Saya ada nampak juga di Threads, orang kata saya sengaja membangkitkan isu. Isu (fitnah) ini timbul takkan saya nak kena tunggu garis masa orang lain pula… Sebab orang itu ada sesuatu (acara), takkan nak kena tunggu.
Tak adil untuk saya. Kena tunggu minggu depan atau tahun depan baru nak ambil tindakan? Itu tidak adil.
Saya kena fikir untuk diri sendiri juga, siapa yang nak bantu saya?
Ruhainies berkata demikian pada sidang media bersama wakil peguam yang diadakan di Cili Kampung, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, peguam yang mewakili Ruhainies, Mohd Haizal Ayop memaklumkan bahawa penting untuk anak guamnya menangani isu ini dengan mengambil tindakan segera.
Fitnah ini timbul pada 10 Oktober lalu, jadi kalau kami tidak mengambil tindakan sekarang, nanti selepas seminggu orang kata benda dah lama.
Jika ditangguh lagi, polis dan orang ramai akan mempersoalkan keseriusan kita.
Sementara itu, seorang lagi wakil peguam daripada Tetuan Azainie & Fakhrul, Fakhrul Azman Abu Hasan menjelaskan, kes fitnah tidak seharusnya dibiarkan terlalu lama tanpa sebarang tindakan.
Dalam kes fitnah ini jika dibiarkan ia seolah-olah kita bersetuju dengan fitnah tersebut. Disebabkan itu tindakan diambil dalam tempoh munasabah.
Kami perlu mengambil tindakan atas fitnah yang disebarkan itu. Isu pun masih hangat lagi.
Terdahulu, Ruhainies memaklumkan sudah melantik dua peguam daripada dua firma guaman berbeza bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu yang didakwa menyebarkan fitnah membabitkan dirinya.
Kesemua mereka dituntut untuk membuat permohonan maaf, akujanji untuk menarik atau memadam segala kenyataan fitnah, berhenti mengulangi tomahan dan menganggumg kos guaman.
Kegagalan berbuat sedemikian dalam tempoh tujuh hari, pihak Ruhainies bakal menuntut ganti rugi bernilai RM3 juta bagi setiap individu.
The post [VIDEO] Ruhainies Nafi Sengaja Bangkitkan Isu Fitnah – ‘Tidak Adil Untuk Saya..Kena Fikir Diri Sendiri Juga’ first appeared on OHBULAN!.





