30.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, October 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Kaki Aisha Retno Cedera Akibat Terjatuh, Tetap Optimis Jayakan Teater PGL

    Shopee Sale

    Penyanyi Aisha Retno, memaklumkan mengalami kecederaan pada kaki kanan akibat terjatuh di rumahnya baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Tak Berdiam Diri, Jawab Persoalan Netizen Kerap Nyanyi Lagu Jodoh Lebaran

    Artikel Berkaitan: Aisha Retno Enggan Layan Kritikan, Kurangkan Aktiviti Di Media Sosial – ‘Saya Mahu Cari Semula Diri’

    Aisha cedera

    Ketika ditemui , pemilik nama Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 26, memberitahu bahawa kecederaan yang dialaminya tidak terlalu serius.

    Kecederaan kaki saya sebenarnya tidak parah. Mungkin cara saya berjalan nampak seperti serius. Saya hanya terjatuh, tetapi mungkin disebabkan tiada masa mencukupi untuk pemulihan (recovery), keadaan itu menjadi sedikit teruk.

    Bagaimanapun, setakat ini keadaan saya okey dan saya berada dalam jagaan yang baik.

    Saya ada mama, keluarga dan orang sekeliling yang sangat mengambil berat tentang keadaan saya.

    Aisha berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC) pada Ahad.

    Bagaimanapun, Aisha mengakui kecederaan itu sedikit sebanyak memberi kesan terhadap aktiviti hariannya.

    Bukan terjatuh ketika latihan (rehearsal), sebaliknya kesakitan itu lebih terasa semasa latihan. Saya terjatuh sehari sebelum itu di rumah.

    Tadi pun ketika membuat persembahan, saya masih terasa sakit.

    Meskipun mengalami kesakitan, namun pelantun lagu Tak Adil itu kekal positif untuk memberikan yang terbaik menjelang pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) yang dijadualkan bakal bermula hujung Oktober ini.

    Untuk pementasan PGL, jika dipermudahkan, kita masih ada dua minggu untuk tempoh pemulihan. Insya-Allah, sempat.

    Sementara itu, Aisha yang berjaya memperoleh trofi Selebriti Viral Terhangat di AMT26 berjanji untuk menghasilkan lebih banyak karya selepas ini.

    Terima kasih, Allah, atas rezeki ini. Insya-Allah, saya akan buat lebih baik lagi dan tidak sabar untuk menghasilkan lebih banyak muzik.

    Alhamdulillah, sekarang keadaan saya semakin okey. Lebih-lebih lagi apabila menerima anugerah ini, bertambah okeylah saya.

    The post [VIDEO] Kaki Aisha Retno Cedera Akibat Terjatuh, Tetap Optimis Jayakan Teater PGL first appeared on OHBULAN!.

    MENARIK:  Along Eyzendy Meninggal Dunia

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah