31.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Ella Berehat Daripada Industri Seni Tahun Depan, Mahu Fokus Pada Pertanian

    Shopee Sale

    Ratu Rock, Ella merancang untuk berehat seketika daripada industri seni pada tahun hadapan selepas mengadakan konsert terakhirnya bagi tahun ini, Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup, yang bakal melabuhkan tirai pada 5 Disember depan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ella Tumpang Gembira Rakan Seperjuangan Terima Gelaran Datuk – ‘Saya Serahkan Semuanya Kepada Tuhan’

    Artikel Berkaitan: Anuar Zain, Ella, Dayang, Lyondra & Kangen Band Bersatu Dalam ‘Healing Nite 2026’

    Berehat

    Ketika ditemui , pemilik nama sebenar, Nor Zila Aminuddin, 60, berkata dia bersama suaminya, Kapten Azhar Ghazali akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada bidang pertanian yang telah mereka usahakan sebelum ini.

    Inshaa-Allah saya akan berehat pada tahun hadapan. Saya mahu berehat seketika dan segarkan diri.

    Tahun hadapan akan rehat daripada aktiviti seni dan konsert-konsert besar maksudnya persembahan korporat.

    Saya akan fokus kepada bidang pertanian yang kami usahakan sejak lima ke enam tahun yang lalu.

    Sebelum ini kami memanam cili tetapi sekarang akan cuba dengan tanaman sawit.

    Ella berkata demikian ketika ditemui pada sidang media pengumuman konsert Majlis Tertinggi Rock Queen Sidang Penutup di The Saujana Kuala Lumpur pada petang Selasa.

    MENARIK:  ‘Umat Islam Masih Kerja Sebagai Juruwang Jual Beli Arak, Ini Masa Untuk Beralih Rezeki Lebih Berkat’ – Ustaz Wadi Annuar

    Mengulas mengenai tetamu jemputan pada konsertnya nanti, Ella berkata dia memilih dua penyanyi terkenal, Datuk Ziana Zain dan Yuna, kerana meminati serta mengagumi bakat kedua-dua penyanyi tersebut.

    Saya mahukan kelainan pada konsert nanti. Saya sangat meminat kedua-dua penyanyi itu dan mereka juga kawan saya.

    Apabila mereka menyanyi di hadapan saya, saya terus jatuh cinta dengan suara mereka.

    Daripada minat dan kekaguman terhadap bakat mereka, saya fikir kenapa tidak untuk tampilkan kedua-duanya dalam konsert saya?

    Terdahulu, Ella mengumumkan bakal mengadakan konsert terakhir pada tahun ini yang dijadual berlangsung pada 5 Disember depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.

    Sebelum ini, Ella memulakan siri Konsert Majlis Tertinggi Rock Queen di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Februari lalu sebelum meneruskan persembahan di Singapura pada Mei dan di Pulau Pinang pada Ogos lalu.

    Difahamkan, tiket konsert itu akan mula dijual esok menerusi platform hitmanlive.com.

    The post [VIDEO] Ella Berehat Daripada Industri Seni Tahun Depan, Mahu Fokus Pada Pertanian first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah