28.8 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tabung TV3 Terus Setia Bersiaran “Bersamamu” Selama Hampir 20 Tahun

    Shopee Sale



    bersamamu tv3

    Program Bersamamu TV3 masih diteruskan tahun ini dengan harapan agar ianya dapat meringankan beban individu yang kurang berkemampuan menerusi bantuan daripada pelbagai pihak dan orang ramai.

    Bantu insan yang memerlukan

    bersamamu tv3

    Program realiti amal yang disiarkan setiap jam 6.30 petang, hari Ahad di TV3 ini bermatlamat untuk membantu mana-mana individu yang memerlukan.

    Dalam masa yang sama, ia juga dapat menggalakkan masyarakat untuk menyumbang menerusi tabung kemanusiaan Media Prima.

    Selain itu, Bersamamu juga berperanan sebagai medium bagi mereka untuk mendapatkan pertolongan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran serta ujian hidup namun masih tabah dan kuat untuk mengharungi setiap liku kehidupan.

    Program yang memberi manfaat

    bersamamu tv3

    Bukan itu sahaja, program yang sudah bersiaran hampir 20 tahun ini juga merupakan satu usaha yang perlu diteruskan supaya semua masyarakat dapat mendengar, melihat dan menghulurkan pertolongan daripada pelbagai bentuk.

    Untuk info, Bersamamu merupakan sebuah program usaha sama Syarikat Faiza yang turut prihatin tentang kehidupan masyarakat Malaysia dan sudi untuk berkolaborasi bersama Media Prima dalam meneruskan siaran program ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Jon Bon Jovi Raih Perhatian, Bantu Pujuk Wanita Daripada Terjun Jambatan Di Nashville

    Bagi anda yang mahu meringankan beban insan-insan kurang berkemampuan, sumbangan boleh dihulurkan menerusi akaun ‘Tabung TV3 Bersamamu’  – Bank Muamalat, nombor akaun 14010008845718 atau Maybank ‘Media Prima – NSTP Humanitarian Fund’, nombor akaun 514105323170.

    Segala bantuan akan dihulurkan kepada mereka yang memerlukan. Hulurkan tangan, ringankan beban.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah