30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 26, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Allahyarham Nadia Kesuma Rebah Secara Mengejut & Segera Dibawa Ke Hospital’

    Shopee Sale

    Pelakon, Nadia Kesuma dilaporkan meninggal dunia selepas rebah secara tiba-tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah, Arab Saudi, akibat serangan jantung.

    Artikel Berkaitan: Jenazah Nadia Kesuma Akan Dikebumi Di Jeddah, Suami & Anak Perempuan Berangkat Pada Pagi Ahad

    Rebah di airport

    Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pihak berkuasa lapangan terbang mengesahkan arwah mengalami serangan jantung sebelum terjatuh.

    Allahyarham rebah secara mengejut akibat serangan jantung dan segera dibawa ke hospital oleh pihak berkuasa lapangan terbang.

    Dalam kenyataan sama, Seniman turut memaklumkan suami Allahyarham, Prof Dr Muhammad Kamarul Kabilan, dijadualkan berlepas ke Jeddah pada petang Ahad bagi menguruskan urusan jenazah serta memberikan penghormatan terakhir kepada isterinya.

    Pihak Seniman juga merayu orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi, kenyataan atau komen yang boleh menyinggung perasaan ahli keluarga Allahyarham dalam tempoh berkabung ini.

    MENARIK:  [VIDEO] Individu Dakwa Betty Rahmad Biadap, Tuntut Permohonan Maaf Segera – ‘Tahun Lepas Kakak Kau, Tahun Ini Kau Pula’

    Difahamkan, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di Hospital King Fahd dan akan dikebumikan di Jeddah.

    Terdahulu, berita pemergian Nadia disahkan oleh suami dan anaknya selepas aktres tersebut dilaporkan gagal dikesan sebaik tiba di Jeddah.

    Nadia atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, disahkan menghembuskan nafas terakhir pada 15 Januari lalu, kira-kira jam 8.07 pagi waktu tempatan.

    Nadia sebelum ini dilaporkan hilang ketika berada di Jeddah, yang merupakan destinasi transitnya sebelum meneruskan perjalanan ke London.

    Allahyarham difahamkan menyertai pakej umrah ziarah bersama sebuah agensi pelancongan dan bergerak bersama jemaah lain.

    The post ‘Allahyarham Nadia Kesuma Rebah Secara Mengejut & Segera Dibawa Ke Hospital’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah