28.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Reen Rahim Dinobat Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025

    Shopee Sale

    Pelakon, Reen Rahim meluahkan rasa syukur atas pengiktirafan yang diterimanya sebagai Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 sempena Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 yang berlangsung pada 29 Mei lalu.

    MENARIK:  Fasi Buat ‘Prank Birthday’ Mohon Maaf & Akui Kesilapan – ‘Kita Satu Keluarga, Semoga Minggu Orientasi Ini Jadi Kenangan’

    Tahniah!

    " data-video-id="7512210633568308496" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @reenrahimmy

    #hazreentilljannah #reenrahim @QU’YUS HQ by HazReen @HazReen QU’YUS @ReenRahimHygieneWash Alhamdulillah ATAS segalanya… MAJLIS ANUGERAH PERSONALITI INDUSTRI & USAHAWAN MALAYSIA 2025 HAZREEN ANUGERAH PERNIAGAAN CEMERLANG TAHUNAN 2025 PRODUK PENJAGAAN DIRI Dan NOREEN ASHIKIN ABDUL RAHIM (REEN RAHIM) MALAYSIA’S MOST ADMIRED ACTRESS AWARD 2025 @niagatimes

    ♬ original sound – Reen rahim Hygiene Wash – Reen rahim Hygiene Wash

    Menurut Reen atau nama lengkapnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, 37, mengakui kejayaan tersebut adalah berkat doa dan sokongan daripada kedua-dua keluarga yang sentiasa mendoakan yang terbaik buat dirinya dan suami tercinta, Hazim Zainal.

    15 tahun saya di dalam industri saya tak pernah diangkat dan dihargai.

    Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas penghargaan ini. 

    Saya tak sangka acara ini mengangkat nama Noreen Ashikin Abdul Rahim seorang wanita biasa daripada keluarga biasa. 

    Saya rasa saya terlalu kerdil untuk bagi ucapan kat depan ini sebab semua orang hebat. Tapi saya nak bagitahu VVIP saya iaitu mak ayah dan mertua saya terima kasih atas doa dan redanya.

    Bukan sekadar diiktiraf dalam bidang lakonan, Reen dan Hazim turut menerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Tahunan 2025 hasil usaha mereka dalam mengusahakan produk penjagaan diri, Reen Rahim Hygiene Wash.

    Pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu turut menyeru orang ramai agar tidak berhenti percaya pada kekuatan doa dan reda ibu bapa dalam mengejar kejayaan.

    Saya nak minta tolong minta tolong sampaikan dekat semua dekat luar sana dengan reda dan doa ibu bapa, yang bodoh boleh jadi pandai. 

    Yang miskin boleh jadi kaya dan yang biasa, boleh jadi luar biasa. Mohon doakan saya dengan suami semoga kami menjadi seseorang yang dikenali. 

    Semakin tinggi kami pergi semakin rendah diri kami semoga doa yang baik-baik kembali kepada kalian semua.

    Terdahulu, Reen turut berkongsi momen dirinya bersama suami menghadiri majlis Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2025 anjuran NiagaTimes kali kesembilan dalam sebuah perkongsian di TikTok. 

    Untuk rekod, Reen dan Hazim mendirikan rumah tangga pada 24 Disember 2022.

    The post [VIDEO] Reen Rahim Dinobat Aktres Paling Dikagumi Malaysia 2025 first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah