Pelakon, Amirah Razak mengakui masih ada individu yang menyangka dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle.
Artikel Berkaitan: ‘Amir Ahnaf Baik Budi Pekertinya, Tapi Setiap Kali Ada Projek Nak Keluar Mesti Ada Benda Tak Elok Diperkatakan’ – Mimi Lana
Artikel Berkaitan: ‘Bila Pakai Makeup Terlalu Lama, Kulit Muka Jadi Breakout & Kering’ – Mimi Lana
Hubungan Amirah dengan Mimi, Syafiq

Ketika ditemui , pemilik nama Nur Amirah Aisyah Abdul Razak, 27, menjelaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan pasangan tersebut.
Sebenarnya ada je yang kata saya adik Mimi Lana. Nama saya Amirah Razak, jadi ada juga ingat saya adik-beradik dengan Syafiq Kyle. Tapi sebenarnya saya tiada kena mengena dengan mereka berdua.
Mengulas lanjut, Amirah berkata Mimi dan Syafiq banyak membantunya untuk memahami selok-belok dalam industri seni.
Mimi dan Syafiq banyak membantu saya tentang bagaimana nak bermula dalam industri ini.
Mimi seorang yang sangat baik, dia banyak ajar saya apa yang perlu dilakukan selepas ini dalam industri.
Amirah berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana filem Baga: Esok Untuk Siapa yang berlangsung di TGV Pavilion Damansara Heights pada Isnin.
Dalam perkembangan lain, Amirah kini semakin dikenali selepas membintangi filem Baga: Esok Untuk Siapa yang turut menampilkan Amir Ahnaf dan beberapa pelakon lain.
Ditanya mengenai penglibatannya dalam naskhah berkenaan, Amirah meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang membawa watak Melur.
Sejujurnya saya masih tak percaya, tapi bila dah dapat tanggungjawab tu saya kena buat yang terbaik.
Saya perlu buktikan sesuatu kenapa pihak produksi sanggup untuk memanggil saya bagi melakonkan watak Melur. Saya kena beri sesuatu untuk mereka.
Selain Amirah, antara barisan pelakon yang membintangi filem Baga: Esok Untuk Siapa ialah Amir Ahnaf, Wan Hanafi Su dan ramai lagi.
Naskhah terbitan Indigo Films dan Skop Productions itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 5 November ini.
The post [VIDEO] ‘Ramai Ingat Saya Adik Mimi Lana Atau Syafiq Kyle’ – Amirah Razak first appeared on OHBULAN!.





